25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

“Bagi Alasan Jatuh Katil.” – Allahuakbar, Bayi 6 Bulan Meninggal Dipercayai Didera Ibu Bapa, Apa Nak Jadi Zaman Sekarang Ni…

Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai didera ibu dan bapa kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Klang Gate, Ampang Jaya, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bayi tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tunku Azizah di sini, kira-kira jam 5.30 petang, Sabtu lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri, dikatakan muntah dan mengalami sawan.

Beliau berkata, pemeriksaan susulan yang dijalankan, pengawai perubatan mendapati terdapat kesan lebam di paha dan kening kanan mangsa, dipercayai akibat penderaan.

Katanya, bayi terbabit bagaimanapun meninggal dunia dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

“Bagi Alasan Jatuh Katil.” Bayi 6 Bulan Meninggal Dipercayai Didera Ibu Bapa

“Susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun kira-kira jam 8.40 malam, Isnin di lobi utama tingkat dua, wad Wanita dan Kanak-kanak hospital tersebut.

“Ketika disoal siasat, suspek tidak mengaku membunuh bayi berkenaan, sebaliknya memaklumkan mangsa mengalami kecederaan selepas terjatuh dari katil ketika di bawah jagaannya beberapa hari sebelum dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Farouk menambah, berdasarkan pemeriksaan wanita tempatan yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai elektrik di ibu negara itu, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan juga bebas daripada penggunaan dadah.

Beliau memberitahu, polis juga sedang mengesan suami wanita itu, berusia 31 tahun yang merupakan seorang warga Indonesia.

Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau mana-mana balai berhampiran.

Kredit: astroawani.com

Sumber: www.majalahpama.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI