23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Bagi Member Pegang & Posing Dengan Senjata Api, Anggota Polis Berdepan Tindakan!

Seorang anggota polis akan disiasat susulan tindakannya membenarkan rakannya yang merupakan orang awam memegang dan bergambar dengan senjata api miliknya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, polis mengesan gambar yang dimuat naik di Twitter yang menggunakan akaun @evvok, memaparkan seorang lelaki memakai uniform polis sambil menghisap rokok, manakala orang awam di sebelahnya memegang senjata api.

Bagi Member Pegang Posing Dengan Senjata Api Anggota Polis

“Siasatan mendapati lelaki berpakaian seragam itu bertugas di Balai Polis Johor Jaya manakala seorang lagi yang memegang HK-MP5 adalah rakannya.

“Gambar itu diambil oleh rakan mereka pada Rabu (11 Jan) jam 2.43 pagi di hadapan Balai Polis Johor Jaya.

“Anggota polis itu sedang bertugas membuat pengawalan ketika gambar itu diambil. Ketiga-tiga mereka berusia 25 tahun dan tujuan gambar itu adalah untuk kenang-kenangan tetapi ia telah dimuat naik di media sosial,” katanya pada Khamis.

Bagi Member Pegang Posing Dengan Senjata Api Anggota Polis

Tambah Mohd Sohaimi, tindakan anggota polis itu membenarkan orang awam memegang senjata api semasa menjalankan tugas adalah satu kesalahan dan dia telah melakukan pelanggaran disiplin.

Tambahnya, siasatan lanjut telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Tindakan terhadap anggota berkenaan boleh diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 

1673584894 986 Bagi Member Pegang Posing Dengan Senjata Api Anggota Polis

Sumber: Mstar

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI