25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Bahaya Dedahkan Anak Dengan ‘Games Roblox’, Rupanya Banyak Selit Unsur Seksual!


Zaman serba moden ini pelbagai games secara atas talian boleh diakses dengan mudah dan terbaharu adalah Roblox. Ramai kanak-kanak yang memilih untuk bermain Roblox kerana percuma tetapi sebenarnya bahaya untuk otak dan perkembangan mereka!

Perkara ini diulas dengan lebih lanjut oleh Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya. Ibu bapa di luar sana dinasihati untuk sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak.

Baca juga: Pengambilan Gula Secara Berlebihan Boleh Kecutkan Otak Anak- Doktor

BAHAYA DEDAHKAN ANAK DENGAN GAMES ROBLOX

Bahaya roblox yang semua parent kena tahu sebelum bagi anak main. Nampak macam biasa je games budak budak ni tapi sebenarnya banyak impak negatif pada otak anak-anak kita.

Bahaya Dedahkan Anak Dengan ‘Games Roblox Rupanya Banyak Selit Unsur

Antaranya:

1. Mengajar anak tentang tubuh badan & isu seksual dengan cara yang salah. Ini bahaya!

Belajar mengenai tubuh badan sebenarnya bagus dan sesuai untuk kanak-kanak tetapi roblox menggunakan pendekatan yang salah dan dapat memberi kesan buruk terhadap pemikiran anak-anak.

2. Games ni mengalakkan seks bebas, dengan sesiapa pun boleh.

Umum mengetahui, hubungan seks dalam Islam ialah haram selagi tiada ikatan yang sah dan permainan roblox mengajar anak-anak untuk melakukan seks bebas. Itu merupakan perkara yang salah!

Bahaya Dedahkan Anak Dengan ‘Games Roblox Rupanya Banyak Selit Unsur

3. Adult content di dalam games tersebut tidak terkawal, bersepah!

Permainan roblox mengandungi terlalu banyak konten dewasa dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak mempengaruhi mereka.

4. Anak belajar perkataan crush, dating, sex & private part semuanya dalam games ni. Eii, seram sungguh la.

Ada beberapa perkataan tidak sesuai dipelajari ketika umur masih kecil dan perlu dielakkan. Hal ini sama seperti permainan roblox yang menggunakan perkataan tidak sepatutnya.

1653888136 748 Bahaya Dedahkan Anak Dengan ‘Games Roblox Rupanya Banyak Selit Unsur

5. Walaupun secara maya, kesannya otak anak-anak kita kena brainwash. Yang salah jadi betul pula.

6. Lagipun sesiapa sahaja boleh main games ni, tak kira umur dan jantina, tak mustahil pedofilia pun mencari mangsa dari sini.

7. 3 benda ni memang berleluasa dalam roblox iaitu seks, buli & keganasan.

Banyak lagi tapi tak sanggup nak tulis lagi, kesimpulannya jangan la bagi anak main games sampah begini.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim







Sumber: siraplimau.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI