24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Bakal Buka ! Taman Tema Upin Ipin di Cyberjaya 2025 Nanti


Les Copaque hari ini mengumumkan yang lokasi untuk taman tema Upin Ipin yang diimpikan oleh syarikat itu sejak 2014 telah dimuktamadkan.

Pilihan Les Copaque? Cyberjaya dan ia dijangka dibuka pada 2024/ 2025.

tadika upin ipin
Kredit : Hj Burhan

Jumlah tetamu yang disasarkan ialah 2 juta orang setahun.

Apa Bakal Ada?

Taman tema ini bakal dibuat gaya taman tema tradisi Melayu.

Dan selain Upin Ipin, akan ada karakter dan tarikan dari siri Puteri dan Pada Zaman Dahulu milik syarikat ini.

lokasi taman tema upin ipin
Kredit : Cyberjaya Info

Antara tarikan yang bakal ada termasuklah Terowong Mistik, Maze Garden, Wayang Interaktif 4D dan juga Rumah Hijau Pada Zaman Dahulu.

Food court di sini pula akan bertemakan Warong Muthu.

Mengambil kira cuaca panas di Malaysia, kebanyakan tarikan berkemungkinan adalah jenis interaktif.

Penelitian Lama

Menurut bos Les Copaque, Haji Burhan Radzi, idea untuk membuka Upin Ipin bukan baru.

upin ipin @hjburhanradzi
Kredit : Hj Burhan

Mereka telah melantik Sanderson Group sebagai konsultan untuk membuat kajian kebolehlaksanaan projek ini. Hasilnya, pihak Sanderson memberitahu yang projek ini boleh dijayakan disebabkan jumlah peminat Upin Ipin yang ramai.

taman tema upin ipin
Kredit : Hj Burhan

Beliau dan isteri juga telah melawat pelbagai taman tema di seluruh dunia memahami dan melihat sendiri bagaimana cara menjayakan taman tema Upin Ipin nanti.

taman tema oversea upin ipin
Kredit : Hj Burhan

Kata beliau, mereka berdua telah pergi ke kesemua 6 taman tema Disneyland seluruh dunia, 3 taman Universal Studios, dan juga ke Legoland, Ferrari World sehinggalah ke Bollywood Park di Dubai.

Selain taman tema berjenama dunia, beliau juga telah berkunjung ke taman tema di Jepun, Korea dan Rusia untuk memahami bisnes taman tema negara-negara ini.

Selain mereka berdua, 14 staff senior Les Copaque juga telah dihantar ke Disneyland Los Angeles untuk merasakan sendiri suasana taman tema bertaraf dunia.

Lama Kumpul Data

karnival upin ipin serdang
Kredit : Upin Ipin

Menurut beliau lagi, ada sebabnya karnival Upin Ipin dibuat setiap tahun.

Ia dibuat untuk mereka melihat apa yang popular di kalangan pengunjung mereka.

Dan Les Copaque menukar jenis tarikan di karnival mereka untuk melihat sambutan dan mengkaji apa yang popular di kalangan peminat animasi mereka.

karnival upin ipin 2
Kredit : Upin Ipin

Pada setiap karnival, data yang diambil akan digunakan buat taman tema mereka nanti.

Menurut beliau lagi, sejak 2011, jumlah tetamu karnival Upin Ipin semakin bertambah setiap tahun.

Nota : Jumlah pengunjung karnival Upin Ipin dianggarkan mencecah 500,000 utk 3 hari karnival setiap tahun.

karnival upin ipin 3
Kredit : Upin Ipin

Dan tambahnya kebanyakan pengunjung karnival ini adalah pengunjung tetap (repeat visitors) — iaitu jenis pengunjung yang amat penting untuk kejayaan sebuah taman tema.

Disebabkan ini, beliau yakin yang taman tema Upin Ipin yang bakal dibuka akan jadi satu kejayaan — bukan sahaja untuk Les Copaque, tapi untuk Malaysia.

Nota : Sebelum ini ada ura-ura tentang taman tema Upin Ipin di China.





Sumber: www.jomjalan.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI