30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022
spot_img

Bandar Tenggelam Di Asia Dianggarkan Secara Pesat Kesan Peningkatan Paras Laut, Singapura, Malaysia, India & Indonesia Tidak Terkecuali

Sebut sahaja mengenai bandar tenggelam di Asia, ianya bukanlah suatu perkara baru yang dibicarakan umum. Hal ini kerana, sebelum ini kajian yang dilakukan Nature Communication dengan kaedah teknologi Digital Elevation Model (CoastalDEM) menunjukkan bahawa terdapat 9 buah lokasi negeri di Malaysia yang bakal tenggelam khususnya kawasan berpantai. Ini termasuklah jutaan penduduk di negeri-negeri seperti Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulai Pinang, dan Perlis. Apa yang mengejutkan, berdasarkan kajian terperinci yang dilakukan bandar tenggelam berpotensi berlaku di kesemua bandar berpantai di Asia.

Peningkatan paras air laut di tahap membimbangkan, bandar tenggelam Asia berisiko kehilangan nyawa

bandar tenggelam di asia

Baru-baru ini, dapatan kajian dari penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menunjukkan bahawa terdapat kawasan berpantai yang bakal menjadi bandar tenggalam Asia. Penyelidikan yang diketuai oleh NTU ini telah bekerjasama dengan beberapa pasukan saintis antarabangsa dari University of New Mexico, ETH Zurich, dan Jet Propulsion Lab NASA diuruskan oleh California Institute of Technology.

Kenyataan bahawa bandar yang bakal tenggelam dengan pesat ini tertumpu di Asia selepas kajian telah meneliti dengan saksama imej satelit bagi 48 bandar pantai dari tahun 2014 hingga 2020 menggunakan sistem pemprosesan berasaskan awan yang digelar Interferometric Synthetic Aperture Radar (InSAR).

Hasilnya, dapatan mendapati median kelajuan tenggelam merentasi 48 buah bandar adalah sebanyak 16.22mm setahun. Sedangkan beberapa kawasan darat pula mempunyai kelajuan tenggelam sebanyak 43mm setahun. Bandar seperti Tianjin (China), Ho Chi Minh City (Vietnam), Chittagong (Bangladesh), Yangon (Myanmar), Jakarta (Indonesia), dan Ahmedabad (India) adalah antara bandar yang terlibat.

Fenomena alam tak terkawal memburukkan lagi risiko

Dalam masa itu, punca drastik keadaan ini berlaku juga telah dikesan antaranya disebabkan oleh peningkatan paras air laut kesan glasier dan kepingan ais yang terus mencair di bahagian Kutub Utara dan Kutub Selatan. Hari ini, kadar pencairan ais Greenland begitu ketara sepanjang tempoh 350 tahun yang lalu dan peningkatan berterusan suhu purata global menyumbang kepada pencairan tersebut sekaligus mempercepatkan kenaikan paras air laut dunia.

Walaupun saintis menganggarkan kadar kenaikan paras luat semasa secara purata adalah 3.7mm setahun, namun ianya mungkin boleh tinggi dari nilai itu. Ini disebabkan oleh kadar kawasan tenggelam berpotensi berlaku perubahan yang lebih tinggi dari biasa.

bandar tenggelam di asia

Di samping itu, faktor lain adalah disebabkan oleh pertumbuhan bandar yang berkembang pesat. Bandar yang mahu berkembang pesat mestilah melakukan banyak perubahan dari segi infrasturktur dan sturktur negara sehingga melibatkan pembinaan dan kemusnahan kawasan perlindungan yang mampu menjadi benteng bencana. Hutan ditarah, kawasan tadahan air dimusnahkan, dan pokok-pokok ditebang, semua ini sedikit sebanyak boleh memberi risiko jangka masa panjang yang lebih besar.

Tenggelamnya kawasan berpantai disebabkan pengekstrakan air bawah tanah

bandar tenggelam di asia

Menurut Cheryl Tay, penuntut PHD, Asian School dan Balai Cerap Singapura NTU berkata bahawa, “punca tenggelamnya kawasan pantai adalah disebabkan pengekstrakan air bawah tanah. Inilah yang membimbangkan negara Asia oleh kerana banyak bandar berpantai yang berisiko menjadi bandar tenggalam di Asia kini makin giat membangun.

Malah, permintaan untuk pengesktrakan air bawah tanah juga semakin meningkat oleh masyarakat bagi memenuhi keperluan air penduduk di setiap negeri masing-masing.

Apa yang pasti, pembangunan  pesat yang menjadi impian generasi akan datang untuk dinikmati tidak menjanjikan sebarang jaminan bahawa ianya selamat untuk diduduki. Walaupun kita dikhabarkan dengan berita gembira lubang-lubang lapisan ozon semakin mengecil tetapi hakikat sebenar bagi isu pemanasan global dan peningkatan paras air laut ianya masih terus membimbangkan hingga ke hari ini tanpa kita sedari.

bandar tenggelam di asia

Sebagai rakyat Malaysia, memang mustahil untuk kita bendung bencana ini daripada berlaku. Namun begitu, tugas kecil tetapi sekurang-kurangnya membawa kesan postif kepada alam yang boleh kita lakukan adalah mengurangkan pelepasan jejak karbon, dan sentiasa memberi kesedaran kepada masyarakat lain mengenai kepentingan melestarikan alam sekitar dalam negara. Perjuangan kita hari ini, untuk kenikmatan generasi berpanjangan bagi masa depan!

Sumber: Mothership.sg

Sumber: majalahilmu.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI