31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

“Banyak Pulak Tu..”, Abang GrabFood Pening Cari Pelanggan Dalam Sesak Dataran Merdeka, Orang Ramai Terhibur

Selepas dua tahun hari kemerdekaan negara diraikan tanpa kemeriahan akibat pandemik COVID-19, sambutan Hari Kebangsaan 2022 tahun ini kembali diwarnai keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang ratusan ribu hadirin di Dataran Merdeka.

Sambutan tahun ini juga menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta persembahan dan perarakan, 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi di Dataran Merdeka, tapak bersejarah yang menjadi saksi pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada 31 Ogos 1957.

“Banyak Pulak Tu..”, Abang GrabFood Pening Cari Pelanggan Dalam Sesak Dataran Merdeka, Orang Ramai Terhibur

Justeru, orang ramai berpusu-pusu ingin menyaksikan acara gilang gemilang itu. Dianggarkan lebih 70,000 orang memenuhi Dataran Merdeka semalam. Dalam keramaian itu, kisah abang Grab mencari pelanggan yang memesan makanan dalam lautan pengujung itu menghiburkan orang ramai.

abang GrabFood

Kisah yang dikongsi melalui satu video yang dimuatnaik oleh Liszydev itu mencuri tumpuan netizen. Dia memaparkan bagaimana abang Grab berkenaan pening mencari pelanggannya yang entah di mana dan siapa orangnya.

“Siapa order ni hantar masuk makanan dalam ni. Aduhh. Pening ahhh. Banyak pulak tuh,” laung abang GrabFood dalam video tersebut ketika mencari pelanggan.

Di video berkenaan, pemilik video menulis “Grab dimana-mana. Terima kasih bang hiburkan kami walaupun kecewa di dalam kesesakan,” tulisnya pada keterangan video berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai yang berada di situ juga turut ketawa kerana aksi abang GrabFood berkenaan begitu mencuit hati.

abang GrabFood@liszydev GRAB dimana-mana 😂😂😂 Terima kasih bang hiburkan kami walaupun kecewa didalam kesesakan #merdeka #dataranmerdeka #masjidjamek ♬ original sound – Liszy

Meninjau ruangan komen netizen, orang ramai yang menonton video berkenaan juga turut terhibur.

“Ni mesti abang yang makan KFC atas pokok tu yang oorder,” kata Qaseh.

“Hahaha. Buat hal. Pening brader tu,” kata netizen lain bernama The John Friday.

Buat Hal, Pening Brader Tu…abang GrabFood

Memang terbaik lah abang GrabFood. Mereka ni bukan sahaja menjadi penghantar makanan berjaya, tetapi juga merupakan penjaga lalu lintas yang hebat dan penyelamat ketika sesuatu kemalangan berlaku dan mereka ni juga boleh menjadi ubat untuk ketawa.

Sumber: Liszydev

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI