26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Baru Lepas Kemalangan, Honda EX5 Pula Kena Curi. Rider Ini Tak Dapat Cari Makan, Mujur YB Ni Hulur Bantuan!

Sudahlah berstatus orang kurang upaya (OKU), diduga pula dengan kehilangan motosikal Honda EX5 usang yang digunakan untuk mencari rezeki. Itu perit yang dihadapi seorang penghantar barangan yang kisah pilunya itu mendapat perhatian dua Ahli Parlimen, semalam.

Tampil menghulur bantuan adalah Yang Berhormat (YB) Steven Sim Chee Keong yang turut menghadiahkan sebuah motosikal baharu, Honda Wave 125i.

Jatuh Air Mata e1662877765574

Menceritakan kisah itu di media sosial miliknya, Steven Sim berkata dia sedang bersarapan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ketika seseorang ‘memetik’ namanya mengenai kisah sedih seorang lelaki yang bekerja sebagai ‘rider’ Lalamove Malaysia.

“Memang sedih sangat-sangat kisah brader ni. Namanya Muadz (Mohamad Muadz bin Jaafar), dia OKU dan moto yang dia pakai untuk cari makan sebagai rider Lalamove hilang kena curi semalam. Berat sungguh ujiannya.

“Selepas sarapan saya bergegas pi jumpa dengan Muadz. Asalnya dia ingat scam (tipu) sebab tak percaya tapi sebab dah jem tak tau nak buat apa lagi, dia mai juga. Nothing to lose (Tiada apa yang rugi). Kami jumpa terus kat kedai motosikal dekat rumahnya.”

Di kedai motosikal berkenaan, Muadz yang datang bersama anaknya menceritakan kisah hidupnya hingga menyebabkan Steven Sim turut mengalirkan air mata.

“Tahun lepas dia kemalangan yang mengakibatkan kaki kanannya kini bengkok teruk dan terpaksa bergerak dengan tongkat. Tapi demi mencari makan untuk anak isteri, Muadz tetap teruskan kerja sebagai rider Lalamove. Itupun gaji tak tinggi, kais pagi makan pagi, lebih kurang RM 1,300 sebulan.”

Selain kehilangan punca pendapatan, Steven Sim berkata hutang piutang Muadz turut bertambah di mana bil elektrik tertunggak hampir RM 1k dengan Tenaga Nasional Berhad mendakwa akan memotong bekalan pada bulan ini dan yuran bulanan tadika PASTI untuk anaknya yang berumur 6 tahun sudah mencecah RM 1k kerana tidak dibayar sejak Mei tahun ini.

Mengenai Honda Wave 125i, Steven Sim berkata geran motosikal yang berharga sekitar RM 7,500 (atas jalan) yang dibeli menggunakan duit poketnya sendiri itu menggunakan nama Muadz dan tunggakan bil elektrik berjumlah RM 1k turut dilangsaikan.

“Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukan, jadi saya guna wang sendiri. Ini mungkin gaji terakhir saya sebagai Ahli Parlimen kalau kerajaan bubarkan parlimen bulan depan. Saya harap Muadz akan jaga motosikal ini baik-baik.

Untuk tunggakan yuran PASTI pula, seorang lagi YB iaitu Nurul Izzah tampil menyelesaikan masalah itu.

Sebagai tambahan, Steven Sim turut memohon sumbangan untuk membantu Muadz yang katanya akan membuat pembedahan kaki. Dan kepada yang ingin menghulurkan bantuan, nombor akaun Muadz adalah 27850149176 (Hong Leong Bank – Mohamad Muadz bin Jaafar).

Sumber: wapcar.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI