24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Batuk masih tak hilang? Jom cuba 5 bahan semulajadi ni, gerenti berkesan!

Memandangkan cuaca kat negara kita sekarang ni tak menentu, sekejap hujan, sekejap panas, mesti lagi senang kita nak pening kepala, demam, sakit tekak dan batuk. Bila dah jatuh sakit tu, mula la badan kita rasa tak selesa.

Paling stress, nak buat kerja seharian terganggu, lepastu bila dah malam tidur jadi tak lena sebab batuk, tekak jadi gatal-gatal. Dah macam-macam ubat kita guna, tapi batuk masih lagi tak reda. Seksanya kita sendiri sahaja lah yang tahu! 

Haaa apa kata kita cuba pula bahan semulajadi ni yang mudah untuk didapati! Mana lah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk korang! Jom baca.

              Photo by freepik

Cara semulajadi yang paling mudah nak hilangkan batuk korang adalah dengan minum air masak yang secukupnya. Yelah bila korang batuk, tekak mesti rasa gatal-gatal buat korang tak selesa kan? Jadi minum air sangat la penting bagi melembapkan tekak.

Bukan itu sahaja, air masak juga mampu mencairkan kahak dan mengelakkan dehidrasi yang boleh mengundang penyakit lain. Pastikan korang minum air masak secukupnya okay!

OMM ginger mint

Photo by jcomp on Freepik

Halia ni banyak tau khasiatnya seperti buang kahak, dan legakan pedih pada tekak! Korang boleh jadikan ia sebagai minuman dengan membuat teh halia dan diminum secara panas atau suam.

Nak lagi mujarab, korang boleh cuba campurkan air teh halia tu dengan daun pudina yang boleh bantu hilangkan gatal pada kerongkong! Amalkan dua gelas sehari.

tamarind

Photo by jcomp on Freepik

Haaa yang tak suka minum air teh halia sebab pahit, korang boleh pula try minum air asam jawa! Nak buat air asam jawa bukannya susah pun! Korang hanya perlu campurkan dua sudu asam jawa dengan air suam dan kacau hingga sebati. 

Walaupun masam, air asam jawa mampu melegakan tekak dan menyejukkan badan. Minum dua kali sehari untuk mendapatkan kesan yang memuaskan!

Garlic

Photo by jcomp on Freepik

Bawang putih ni bukan setakat digunakan dalam masakan je, tapi ia boleh juga membantu untuk menghilangkan batuk.

Caranya ialah membakar satu labu bawang putih di atas dapur gas selama 15 minit. Jangan buang kulitnya dan pastikan ianya tidak terbakar sehingga hangit atau rentung. Selepas 15 minit, buangkan kulitnya dan makan begitu sahaja.

Jangan risau kalau korang tak boleh nak ‘telan’, ada kaedah yang lebih mudah! Korang tumbuk bawang putih yang dah dibakar tadi dan gaul bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Kemudian, sapukan ramuan ini pada leher sekerap mungkin.

Honey

Photo by jcomp on Freepik

Batuk yang paling sengsara adalah batuk kering, betul tak? Sampai satu tahap tu, bukan setakat tekak je yang tak selesa, dada dan perut pun sama sakit!

Jadi kaedah yang paling berkesan adalah amalkan makan madu. Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan sesudu madu, lalu minum. Korang boleh buat cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak.

NJ

Tak pun nak lagi senang, korang cuba Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak. Dengan mengandungi madu dan ramuan semulajadi tidak seperti ubat batuk yang lain, ia mampu melegakan ketidakselesaan ketika batuk, sekaligus membantu mengurangkan kahak serta rasa perit di tekak dan dada. Senang cite, memang pilihan utama rakyat Malaysia la!

Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas pun boleh amalkan tau sebab ramuannya daripada bahan semulajadi!

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI