25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Bekas suami kahwin lagi, Vanida Imran tumpang bahagia -“Isterinya orang baik”

Aktres Vanida Imran meluahkan rasa gembira apabila bekas suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Rashidi Ishak membina mahligai bersama pengarah drama Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin pada 2 Februari lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pelakon yang berusia 50 tahun itu memaklumkan dia dan anak-anak menyambut baik mengenai berita perkahwinan tersebut memandangkan Hasliza mempunyai personaliti yang baik.

Bukan itu sahaja, Vanida mendedahkan isteri baharu bekas suaminya itu adalah kenalan lamanya dan dia sangat menyenangi keperibadian yang dimiliki Hasliza.

“Saya mengenali Liza dan pernah berlakon dibawah arahannya menerusi filem Kalla: Hidup Atau Mati. Dia individu yang baik dan saya sangat gembira kerana Rashidi memperisterikan dia.
“Sebenarnya, saya sudah lama tahu tentang hubungan mereka. Apabila dimaklumkan tentang perkara itu, saya gembira, kerana saya tahu anak perempuan saya pasti akan menyukai dia,” katanya.

ra 3

Malah, aktres kelahiran Pulau Pinang itu turut memberitahu keputusan Rashidi mengahwini Hasliza adalah pilihan yang tepat kerana wanita tersebut bukan sahaja cantik luaran malah, seseorang yang berpendidikan serta berkerjaya.

“Hasliza seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan. Saya lega kerana Rashidi memilih dia sebagai isteri.
“Dia seorang yang matang dan saya yakin kelebihan itu membolehkan dia untuk mengendalikan hidup berumah tangga dengan baik. Apa pun, kami sangat okey dengan perkahwinan mereka,” ujarnya lagi.

311167256 481026570735634 5113740424486066089 n

Sekadar info, Vanida pernah mendirikan rumah tangga bersama Rashidi pada 1 Oktober 2000 namun berakhir dengan penceraian pada 9 Ogos 2018. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohammad Al Faizal Abdul Karim)

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI