Konflik antara Bella Astillah dan heroin sedang meningkat naik Sophia Albarakbah semakin hangat! Bella Astillah tampil dengan pededahan terbaru dengan memuat naik screenshot perbualan antara dirinya dan Sophia.
Bella memuatnaik screenshot tersebut dengan bertujuan untuk menepis dakwaan bahawa dirinya cuba memfitnah heroin tersebut. Biarpun posting tersebut dikongsi buat sementara waktu, netizen sempat menyimpan gambar-gambar posting tersebut.
Bella menjelaskan, dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyaatan yang tidak sahih. Biarpun pihak media cuba mendapat kenyataan Sophia, namun dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
Berdasarkan posting Bella, Sophia juga merayu agar perkara ini tidak diperpanjangkan kepada keluarganya khuatir bakal memberi impak kesihatan terdapat bapanya. Moga konflik ini dapat diselesaikan dengan matang dan segera.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.