25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Berang Dipatuk, Lelaki Gigit Ular Tedung Hingga Mati Kemudian Dililit Di Lehernya

Seorang petani di India membalas dendam terhadap seekor ular tedung yang mematuknya dengan cara menggigit reptilia berbisa itu sehingga mati, lapor akhbar Daily Star pada 12 September 2022.

Dalam kejadian pada hari Selasa, 6 September lalu, petani bernama Salim Khan dilaporkan sedang bekerja di kawasan sawah padi berhampiran kampung Darada di wilayah Bengal, India.

Penduduk tempatan berkata, lelaki itu mengumpul rumput untuk memberi makan kepada lembu peliharaannya apabila dia tiba-tiba dipatuk seekor ular tedung.

Salim dipatuk pada bahagian kaki, menyebabkan dia nekad membalas dendam terhadap repitilia berbisa itu.

IMG 20220914 004754

Tidak seperti kebanyakan orang lain yang melarikan diri sekiranya insiden tersebut berlaku, Salim bertindak menggigit ular tedung itu sehingga ia mati.

Bagaikan membawa trofi kemenangan, Salim kemudian berarak di sekitar kejiranannya bersama bangkai haiwan itu yang dililit di leher. Dia bangga kerana dapat membunuh ular yang menyerangnya.

Menurut Salim, dia sedikit pun tidak berasa sakit selepas dipatuk ular tedung itu.

“Kami melihat Salim menunggang basikal bersama seekor ular tedung yang dililit di sekeliling lehernya. Ia amat menakutkan,” kata seorangs saksi kepada laman berita Sambad English.

Menurut Sambad English, Salim mendakwa bahawa dia berjaya menghapuskan bisa ular menggunakan ilmu sihir. – Sumber Daily Star.

IMG 20220914 004829Salim melilit ular tedung tersebut pada lehernya sambil berarak di sekitar bandar. – Foto Daily Star.

Sumber: www.infomalaysiatrending.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI