Tidak sangka, seorang pelakon lelaki bertindak memukul isterinya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian ata, awal pagi tadi.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang lingkungan umur 20 an itu telah membuat laporan polis susulan kejadian yang berlaku di Balai Polis Jinjang, jam 6.30 pagi tadi.
“Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama suaminya berusia lingkungan 20-an berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.
“Ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.
“Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata,” katanya.
Bukan itu sahaja, menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar pihaknya mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.