25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Berang kena hon 2 kali, individu bertindak hayun kayu depan pemandu e-hailing

Tular di media sosial, seorang lelaki tidak berpuas hati dengan mengejar pemandu e-hailing gara-gara membunyikan hon ketika di tengah jalan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon Fadzil Zahari di laman Facebooknya, dia memaklumkan menemui video tersebut daripada pengguna laman Twitter.

Bagaimanapun, menurut laporan Majoriti, seorang penumpang wanita berkongsi detik terbabit dengan memaklumkan kejadian itu terjadi ketika dia sedang menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Ujarnya, kejadian itu bermula apabila pemandu Nissan Sentra yang datang dari lorong sebelah kanan secara mengejut memotong dan memandu ke laluan kiri yang dilalui oleh kenderaan e-hailing tersebut.

Terkejut dengan tindakannya itu, pemandu e-hailing berkenaan bertindak membunyikan hon dan individu terbabit enggan meneruskan perjalanan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat walaupun sudah bertukar hijau.

Disebabkan itu, pemandu e-hailing berkenaan terpaksa membunyikan hon sekali lagi dan ekoran itu, pemandu Nissan Sentra itu tidak berpuas hati dan mengejar kereta pemandu e-hailing tersebut.

Sebaik sahaja kenderaan mereka berhenti, individu tersebut keluar daripada kenderaan dan memarahi pemandu e-hailing itu dengan membawa sebatang kayu serta mengacah untuk memukul mangsa.

Screenshot 2022 12 23 at 11.40.37 PM

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan samseng individu terbabit yang tergamak membuat ugutan untuk memukul pemandu e-hailing tersebut.

Screenshot 2022 12 23 at 11.36.10 PMScreenshot 2022 12 23 at 11.36.30 PMScreenshot 2022 12 23 at 11.36.42 PMScreenshot 2022 12 23 at 11.36.56 PM

Dalam pada itu, netizen turut menyarankan supaya pemandu e-hailing terbabit membuat laporan polis dengan kadar segera besertakan bukti yang kukuh supaya tindakan undang-undang boleh diambil.

Screenshot 2022 12 23 at 11.36.20 PMScreenshot 2022 12 23 at 11.35.59 PMScreenshot 2022 12 23 at 11.37.03 PM

Sumber: Majoriti (Nabil Aiman Nor Azwan), Facebook @Fadzil Zahari

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI