31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

“Berani Dia Samun Siang Hari!” – Kejadian Samun Di Stesen Minyak, Polis Buru 2 Suspek

Semalam, viral satu klip video yang memaparkan kejadian samun yang berlaku di sebuah stesen. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 14 saat di Facebook yang dimuat naik jam 7.30 malam.

Hati-hati

Kejadian samun di Shell Jalan Cheras pagi tadi.

Video : Chuan Wei Yiaw pic.twitter.com/ut7YG9gyVP

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 22, 2023

“Rakaman video berkenaan memaparkan kejadian samun berkawan yang membabitkan mangsa iaitu seorang wanita tempatan di stesen minyak berkenaan.

Berani Dia Samun Siang Hari Kejadian Samun Di Stesen

“Hasil semakan dilakukan mendapati kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi membabitkan dua suspek lelaki yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zam Halim berkata, salah seorang suspek bertindak melarikan beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta wanita itu.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM500. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghubungi pihak polis sekiranya mempunyai maklumat sekiranya berhubung kejadian ini.

“Orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI