28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Berdoa nak jumpa Mufti Menk, Alif Satar tak sangka ulama’ besar duduk di sebelah

Menghampiri hujung tahun 2022, ramai yang mulai mengambil cuti dan pergi merehatkan diri bersama keluarga ataupun kenalan.

Bagi selebriti terkenal, Alif Satar, dia dan ahli kumpulan Alif Satar & The Locos, mereka telah mengambil keputusan untuk berangkat mengerjakan umrah bersama-sama.

Perkongsian Alif di Instagram sewaktu berada di Madinah benar-benar membuatkan ramai ‘cemburu’ apabila secara kebetulan bertemu dengan ulama’ terkemuka dunia, Mufti Menk.

Dia yang sempat bergambar dan bercakap sebentar dengan ulama tersebut mengakui begitu teruja apabila sebelum ini hanya mampu melihat di media sosial sahaja.

Ujar Alif lagi, sebenarnya dia memang berniat mahu bertemu dengan Mufti Menk dan sempat bertanya kepada petugas kebersihan di masjid berkenaan tentang keberadaan ulama berkenaan.

“Saya menonton IG live beliau dan terus berlari ke masjid untuk mencarinya..Saya tahu ia agak sukar di tengah lautan manusia. Siap tanya cleaner  lagi ada jumpa Mufti Menk tak? Tapi dia kata tiada,
“Dalam hati saya berkata “InsyaAllah.. kalau rezeki saya, Allah akan tunaikan”. Kemudian, dengan kuasa Allah, beliau muncul dan berdoa di sebelah saya. ALLAHUAKHBAR. Saya sangat gembira bertemu dengannya secara peribadi.
Terima kasih untuk semua video yang anda lakukan, ia membantu saya melalui masa yang sukar. Semoga Allah memudahkan segalanya untuk anda. AAMEEN,” tulisnya.

Mufti Menk turut meninggalkan komen di ruangan Instagram Alif dengan berdoa agar selebriti itu terus berada dalam kasih Sayang Allah.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata daripada mereka memuji kebesaran Allah dan terharu dengan kisah hebat dari Alif Satar di Tanah Suci.

Ada juga daripada mereka turut berdoa suatu hari nanti dapat bertemu dengan ulama besar itu dan berharap ibadah yang sedang dikerjakan Alif serta rakan-rakannya dipermudahkan Allah S.W.T.

IMG 8122

IMG 8123

IMG 8124

IMG 8125

IMG 8126

IMG 8127

 

 

Sumber: Instagram Alif Satar

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI