23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

“Berhijab, Sopan Pakaiannya, Suara Padu” – Penampilan Mulan Jameela Di Konsert Faztival Fazura Dipuji, Ramai Doakan Semoga Istiqamah

Kemunculan penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela di Konsert Faztival Fazura yang berlangsung di Axiata Arena pada Ahad mencvri tumpuan penonton.

Tampil sopan dengan busana merah dan tudung menutupi bahagian dada, ternyata ramai terkesima melihat kecantikan Mulan dengan imej terbaharunya secara langsung di depan mata.

Capture 64

Biarpun penampilannya sudah berubah namun tidak menghalang Mulan untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat yang hadir.

Lantunan vokal Mulan sewaktu menyampaikan lagu popularnya berjudul Makhluk Tuhan Paling S3ksi masih lagi luar biasa dan padu.

Stamina Mulan sepanjang melakukan persembahan juga cukup bertenaga walaupun usianya sudah mencecah 43 tahun.

Video:

@hahsanir

#mulanjameela #makhluktuhanpalingsexseeeh #fyp #cantik #kerenbanget

♬ original sound – Hahs Anir – Hahs Anir

Meninjau di ruangan komen setiap video di muat naik di aplikasi TikTok yang merakamkan persembahan Mulan, rata-rata netizen menyatakan rasa kagum dengan wanita cantik itu.

Selain gembira dengan perubahannya, mereka juga mendoakan agar Mulan terus kekal istiqamah dalam berhijab.

Terdahulu, Mulan sebelum ini mengambil keputusan untuk berhijab penuh selepas pulang dari Palestin pada tahun 2019.

Jika sebelum ini terkenal dengan penampilan seksi, Mulan kini berubah ke arah yang lebih baik sebagai wanita muslimah.

Sekadar info, Mulan merupakan bekas anggota kumpulan Ratu yang terkenal dengan lagu Teman Tapi Mesra.

Komen netizen:

Capture 65

Capture1 37 Capture2 13

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: www.keramatviral.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI