25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Berjerawat pun cantik!”- Wajah Sweet Qismina sebelum mekap dipuji peminat

Nama pelakon Sweet Qismina tidak perlu diperkenalkan lagi kerana umum mengetahui dia seorang selebriti yang bergiat aktif dalam industri hiburan sejak kecil lagi.

Antara drama bersiri yang dilakonkan oleh pelakon berusia 25 tahun ini ialah Hikayat Putera Shazlan sebagai Fasha iaitu kakak kepada Shazlan (lakonan Fimie Don) dan Adam Chempaka serta Bidadari Salju yang menjadi kegilaan ramai.

Bukan sahaja berbakat besar dalam dunia lakonan, ramai juga memuji sikapnya bersahaja selain sentiasa nampak cantik walaupun tidak mengenakan solekan tebal seperti kebanyakan selebriti lain.

Tidak cukup dengan dunia lakonan, isteri kepada pelakon, Adam Lee ini turut memberanikan diri mencuba bidang nyanyian yang sudah menjadi impiannya dari dulu dengan mempertaruhkan lagu berjudul Namo sebagai single pertama.

Snapinsta.app 1080 273943372 1099711117258271 3885074992499091376 n

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan wajah sebenar Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi tanpa secalit solekan sebelum ditatarias oleh jurusolek profesional.

Screenshot 2022 12 19 at 11.39.09 PM

Difahamkan, anak kelahiran Muar, Johor itu sedang bersiap bagi sebuah program realiti nyanyian kanak-kanak iaitu Bintang Kecil 2022 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi peringkat separuh akhir.

@paulinapaulinane

BTS for separuh akhir Bintang Kecil 2022 RTM. Hair by yours truly

♬ Namo – Sweet Qismina

Hantaran itu mendapat perhatian warganet di mana ada peminat mengatakan wajah Sweet tetap nampak cantik meskipun ‘togel’ tanpa secalit solekan sehingga menampakkan jerawat.

Screenshot 2022 12 19 at 11.43.29 PMScreenshot 2022 12 19 at 11.43.37 PMScreenshot 2022 12 19 at 11.43.46 PM

Selain itu, mereka juga menyamakan wajah Sweet tanpa solekan dengan suaminya, Adam Lee.

Screenshot 2022 12 19 at 11.43.52 PM

Dalam pada itu, ada juga netizen seakan memandang rendah dengan wajah sebenar Sweet tanpa solekan.

Screenshot 2022 12 19 at 11.43.59 PM

Hmm, tidak kisahlah sama ada cantik atau tidak, paling penting adalah sentiasa bangga dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai kecantikan memandangkan ia bersifat subjektif.

Sumber: TikTok @paulinapaulinane

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI