24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Berlakon Filem Askar, Dafi Nafi Pakai ‘Kabel’ Sebagai Anak PM

Penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail menafikan awal-awal sebelum dituduh menggunakan status sebagai anak Perdana Menteri bagi membintangi filem Malbatt: Misi Bakara.

Menurut laporan Utusan Online, Dafi berkata, dia telah lama mempunyai hubungan baik dengan pengarah filem itu yang sebelum ini bekerjasama dalam produksi filem Ada Hantu.

“Kami pernah bekerjasama dalam filem Ada Hantu dan ia merupakan projek pertama saya bersama pengarah, Adrian Teh.

“Hubungan baik itu sudah ada dan mungkin dia lihat kesesuaian watak, jadi saya ditawarkan berlakon dalam filem terbarunya.

“Dia percaya saya boleh memberikan komitmen penuh dan itu yang membuatkan Adrian memberikan tawaran ini,” kata pelakon berusia 34 tahun itu.

Penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu menjelaskan, dia tidak pernah berharap untuk diberikan layanan istimewa kerana statusnya sebagai anak kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya harap orang tidak salah anggap, tak pernah rasa diri ini mempunyai keistimewaan hanya kerana saya anak Perdana Menteri. Saya pun tidak minta diberikan layanan istimewa.

“Tetapi, jika ada pihak yang memberikan layanan yang baik, saya bersyukur.  Orang nak beri layanan baik, takkan kita nak tolak.

“Saya lebih suka melihat perkara ini dari sudut positif,” ujarnya.

Bercerita mengenai filem menelan kos pembikinan RM20 juta itu, Dafi mengakui berdepan cabaran dalam memegang watak sebagai anggota tentera yang menguji mental dan fizikal.

“Untuk melakonkan watak askar bukan senang dan saya tidak mahu mencacatkan filem orang. Saya bersyukur kerana barisan pelakon lain banyak membantu, termasuk pengarah.
“Saya seronok mengikuti latihan di kem tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum penggambaran dimulakan.

“Saya sebenarnya memang sukakan aktiviti luar, cuma orang sahaja yang tidak tahu,” kongsinya lagi.

Selain Dafi, Malbatt: Misi Bakara turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen dan ramai lagi.

Filem yang dijangka akan ditayangkan Ogos tahun depan itu mengisahkan tentang operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia.

Kredit: Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly) , Instagram Dafi

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI