26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

Bersaksikan keluarga, Hafidz Roshdi didakwa ceraikan isteri talak satu?

Baru sahaja hubungan dikatakan sudah berbaik, pelakon Hafidz Roshdi didakwa telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menurut sumber Harian Metro.

Difahamkan, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan ahli keluarga.

Bukan itu sahaja, Nuurl Shuhada dikatakan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada hari kelahiran ibu kepada dua orang cahaya mata.

Terdahulu, nama Hafidz menjadi bualan ramai apabila dikatakan berlaku curang dengan wanita lain dikenali Athira Yuhada. Namun, wanita berkenaan tampil meminta maaaf dan berjanji tidak akan mendekati Hafidz lagi.

Bukan itu sahaja, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasalah sudah kembali jernih.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI