Singapura bersiap sedia untuk menyambut kembali ketibaan pelancong terutamanya dari Malaysia melalui pengalaman baharu dan inovatif.
STB Melancarkan SingapoReimagine
via STB
Untuk mengalu-alukan pelancong ke Singapura, Singapore Tourism Board (STB) telah melancarkan SingapoReimagine, kempen yang mensasarkan kepada pemulihan pelancongan dengan memperkenalkan pengalaman yang baru dan luar biasa.
Tiada Kuarantin Dan Ujian
via STB
Kini, aktiviti melancong juga semakin mudah tanpa kuarantin atau ujian bagi para pelancong yang telah menerima vaksin penuh.
STB mengalu – alukan kepada semua untuk menikmati pengalaman dan membayangkan tawaran yang merupakan sebahagian daripada kempen SingapoReimagine.
Kempen Melawat Ke Singapura
via STB
SingapoReimagine mempamerkan sisi yang berbeza dari apa yang pernah dilalui sebelum ini. Pelancong juga boleh menantikan pengalaman baharu, tidak dijangka dan inovatif, disamping langkah-langkah kebersihan dan kesihatan yang dipertingkatkan.
Dengan pengurangan sekatan dan limit kapasiti untuk ke Singapura, sudah pasti ia membuka ruang kepada promosi percutian pelayaran yang sangat terkenal dikalangan pelawat Malaysia, begitu juga dengan penglibatan dalam acara dan perayaan di Singapura
The post Bersedia Ke Singapura? Jom Terokai Bandar Tersebut Menerusi SingaporeReimagine appeared first on Murai MY.
Sumber: murai.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.