23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Biasa Kedai Makan Bagi Password WIFI, Tapi McD Bukit Bintang ‘Rare’ Bagi Password Tandas. Kenapa Ek?

Kebiasaannya, jika kita pergi ke restoran makanan segera pasti kita akan dapat lihat password WiFi yang tentera pada resit pembelian bukan?

Iyalah, ia adalah seperti kemudahan buat pelanggan mereka yang makan di situ untuk menggunakannya secara percuma.

Namun, lain pula terjadi dengan lelaki ini apabila dia berkongsi restoran makanan segera popular McDonald’s memberikan password untuk masuk ke tandas di dalam resit pembelian telah menarik perhatian ramai.

Kedai bagi password wifi tu biasa,mekdi bagi password tandas baru luar biasa. pic.twitter.com/tQk6oyhr3Z

— Ikhwan Nazri (@tekong) January 14, 2023

Siapkan password masuk tandas khas untuk pelanggan

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi resit pembelian makanannya di cawangan restoran berkenaan yang terletak di Bukit Bintang.

Lebih menarik perhatian adalah dia memberitahu restoran tersebut siap meletakkan password khas untuk masuk ke tandas.

Dia juga berkongsi tandas itu sememangnya berkunci dan memerlukan password untuk menggunakannya.

Biasa Kedai Makan Bagi Password WIFI Tapi McD Bukit Bintang

“McD Bukit Bintang dah lama buat sebab yang masuk tandas bukan pelanggan” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya dan ada juga yang mendakwa ia sudah lama ada.

Berikut antara komen netizen di Twitter yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah menggunakan tandas di McDonald’s Bukit Bintang berkenaan.

MCD Bukit Bintang dah lama buat sebab yang masuk tandas bukan pelanggan.Itu semua kos,ada itu sampa mandi dalam tandas.Siapa lagi,kulit putih begpacker pujaan hampa lah.

— Sauffie (@Sauffie_84) January 15, 2023

Penah makan situ masa siang, tibe2 staff mcd tinggikan suara. Rupenya marah org yg dtg duduk saja2 nak gune kemudahan mcd situ, charge hp, gune wifi dan gune toilet dalam mcd. Basically dieorg ni duduk je dekat mana2 meja kosong dan yg ada plug point

— Fakhar MNM🏴 (@faha_skawalker) January 14, 2023

bukit bintang kan. Password dah 2 tahun tak pernah tukar. Dari zaman dia wujudkan sistem ni kot rasanya. Toilet pun average je tak bersih mana.

— Feng Lee (@FendyMyn) January 14, 2023

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI