29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

“Bilik Hotel Confirm Selamat!” – Bawah 5 Saat, Pintu Bilik Hotel Anda Boleh Dibuka Dengan Mudah!

Menjelang cuti Raya Cina tak lama lagi ni, mesti ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung untuk meraikannya. Tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk keluar bercuti bersama keluarga. Boleh dikatakan kebanyakan hotel penuh ditempah.

Sebelum anda membuat tempahan, antara perkara yang patut anda titikberatkan adalah ciri keselamatan biik hotel itu sendiri. Selalunya, kita cuma fokus pada bilik yang cantik dan juga selesa. 

Satu video TikTok yang dimuatnaik oleh  @nichellelaus, ternyata membuat netizen ternganga. Dia menunjukkan bertapa mudahnya membuka pintu bilik hotel yang dikunci dengan hanya penyelak pintu menggunakan selotep dan getah.

@nichellelaus You can never be too safe! Bring extra locks with you when traveling. IB by a girl named Hailey on IG. Please tag her if you know. #SafetyTok #TravelTok #staysafe ♬ Made You Look – Meghan Trainor

Berdasarkan reaksi tersebut, ternyata berjaya membuka mata netizen agar sentiasa berhati-hati ketika bercuti. Cuma bawah dari 5 saat, bilik anda mungkin diceroboh. Jadi, sentiasa berwaspada dan cuba mencari peralatan yang boleh membantu menaikkan lagi ciri keselamatan bilik anda seperti penahan pintu.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI