26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Bimbang penyakit, Neelofa nasihat jangan cium bayi orang – “Anak sendiri boleh”

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa menasihatikan orang ramai supaya tidak sesuka hati mencium bayi orang lain bagi mengelak daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Menerusi hantaran di InstaStory, selebriti berusia 33 tahun itu berkongsi satu video memaparkan penjelasan seorang jururawat di Eropah mengenai penyakit Respiratory Syncytial Virus (RSV).

Neelofa berkata, dia berharap mana-mana individu tidak terasa hati sekiranya tindakan mereka dihalang ibu bapa demi menjaga kesihatan bayi mereka.

“Jangan cium orang lain punya bayi.. cium anak sendiri boleh. Ok? Jangan terasa, demi kesihatan bayi kecil,” tulisnya.

Screenshot 2022 11 08 at 8.40.26 PM

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTOP itu mengakui bimbang apabila orang luar memegang pipi cahaya mata sulungnya Muhammad Bilal apatah lagi jika dicium sebarangan.

Screenshot 2022 11 08 at 8.40.48 PM

“Kadang bila tengok orang luar pegang pipi anak sendiri pun mak dia ni rasa dah tak boleh nafas, apa lagi kalau cium.. Ummi Bilal ni jerit tak berlagu kot,” katanya lagi.

Untuk info, RSV kerap berlaku kepada kanak-kanak berusia di bawah umur dua tahun yang menyerang sistem pernafasan sehingga memerlukan bantuan oksigen.

Sumber: Instagram Neelofa

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI