23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Bosan Dengan Nasi Ayam Malaysia? Jom Cuba Masak Nasi Ayam Negara Lain. Ini Resepi Nasi Ayam Singapura Sedap Patut Anda Cuba!

Jikalau sudah bosan dengan resepi nasi ayam sedia ada, anda boleh variasikan dengan resepi lain. Boleh dijadikan sebagai sarapan, tengah hari dan malam.

Mudah sahaja resepi Nasi Ayam Singapura ini, caranya seakan sama sahaja dengan nasi ayam yang kita selalu buat.

Bosan Dengan Nasi Ayam Malaysia? Jom Cuba Masak Nasi Ayam Negara Lain. Ini Resepi Nasi Ayam Singapura Sedap Patut Anda Cuba!

Resepi ini dikongsikan di Facebook Page Resepi Harian yang dimuatnaik oleh Amnina Azmi. Bahan-bahannya banyak, mungkin nampak sedikit susah untuk dimasak tetapi bila diikut resepinya.

Sekejap sahaja untuk disiapkan!

nasi ayam singapura

Bahan-Bahan Untuk Nasi Ayam:4 pot beras basmathi (rendam dulu supaya air menyerap)1 batang serai3-4 helai daun pandan5 biji bawang putih2 inci halia5-7 sudu minyak dari lemak ayam1 sudu makan garam (rata)Air rebusan ayam sebanyak 1 inci suku dari aras beras

Nota: Jangan letak marjerin atau mentega, kurang sedap bau dan rasanya.

Bahan-Bahan Untuk Penyediaan Ayam:1 inci halia dihiris3 biji bawang putih ditumbukAyam1 sudu makan Sesame OilAir secukupnya (menutupi atau sama paras ayam)Garam satu sudu kecilBahan-Bahan Untuk Perapan Ayam:3 sudu makan gula2 sudu makan kicap cair1 sudu makan sos tiram1 sudu makan kicap pekatBahan-Bahan Untuk Sira/Sos Ayam:Segenggam kecil gula batuSetengah cawan kicap masin1-2 sudu makan sesame oilBahan-Bahan Untuk Cili Nasi Ayam:5 biji bawang putih3 cili besar2 cili padi Thailand merah (pedas sikit)1 inci haliaJus dari 9 biji limau kasturiGaram dan gula1 sudu makan minyak lemak ayam1 sudu makan minyak bijan1 sudu makan sos tomato3 sudu makan sos ciliCara Penyediaan Nasi Ayam:Rebuskan ayam.Air rebusan ayam tadi diletakkan sekali dengan bahan – bahan di atas dalam periuk nasi.Letak, tutup dan tunggu nasi masak.Cara Penyediaan Ayam:Letak semua bahan bahan dalam periuk, didihkan dan masuk ayam.Rebus jangan sampai ayam hancur.Pastikan ayam pejal lagi masa anda angkat tu. Sebab kita nak goreng ayam tu semula.Cara Penyediaan Perap Ayam:Satukan bahan di atas dan perap ayam yang direbus tadi.Lepas perap, gorengkan ayam.Lepas goreng ayam dalam beberapa minit, angkat ayam dan celup balik dalam perapan dan kemudian goreng sekejap je. Tujuan nak bagi warna cantik.Cara Penyediaan Sira/Sos ayam:Dalam periuk larutkan bahan bahan di atas.Nota: Pastikan dalam ketulan kecil dan sentiasa kacau sampai dia pekat dan gula batu hancur.Apabila sudah siap, tutup api. Sira ni nanti kita curah atas ayam.Cara Penyediaan Cili Nasi Ayam:Kisarkan bahan – bahan di atas.

nasi ayam singapura

nasi ayam singapura

Diharap perkongsian ini dapat memudahkan anda kerana sudah diklasifikasikan kepada setiap bahagian. Ini memudahkan supaya anda tidak keliru untuk mulakan dari mana dahulu.

Selamat Mencuba Resepi Nasi Ayam Singapura!

Kredit: Amnina Azmi

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI