24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Bosan Dengan Siakap Stim? Ini Resepi Masak Siakap Asam Jawa Ala Thai, Rasanya Lain Dari Yang Lain

Jika anda beli ikan siakap, pasti antara menu yang terlintas untuk masak adalah siakap stim kan? Sebab ikan siakap biasanya memang sinonim dengan cara penyediaan stim atau masak sweet sour. Lagii-lagi apabila berkunjung ke kedai tomyam.

Tetapi, untuk kali ini, kami ingin memperkenalkan sedikit kelainan bagi memenuhi citarasa pembaca. Pernah dengar atau masak tak ikan siakap asam jawa ala Thai? Kalau belum, ini masanya untukk anda mencuba. Memang sedap rasanya, dan ia lain dari yang lain.

Perkongsian siakap asam jawa ala Thai ini diulang kongsi daripada pemilik sebenar, Suhana Mohd Khalid yanng berkongsi resepinya menerusi laman Facebook. Ujar beliau, kali pertama menikmati hidangan ini ketika berada di Langkawi bila direkomen oleh pemilik restoren. Ternyata memang sedap sangat dan teringa-ingat dibuatnya.

Bahan-Bahan:ikan siakap – dibersihkan dan dikelarair asam jawagaram, gula, serbuk perasasos tiramsos tomatogula melakatomato – potong daduBahan Tumis:bawang merahbawang putihhaliacili padiCara Penyediaan:Goreng ikan siakap hingga garing. Ketepikan.Panaskan minyak, tumis bahan tumis yang dipotong dan dimayang hingga naik bau.Kemudian tambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato bersama air asam jawa secukupnya.Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Tutup api.Tuang atas ikan siakap yang siap digoreng. Siap!

Baiklah, dah siap kita punya siakap asam jawa ala Thai.

siakap asam jawa ala Thai siakap asam jawa ala Thai siakap asam jawa ala Thai

Selamat mencuba dan menikmati keenakannya!

Sumber: Suhana Mohd Khalid

Baca juga: Buat Sushi Guna Roti Keping Biasa, Hidangan Roti Sushi Sandwich Tetap Sedap, Lain Dari Yang Lain!

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI