26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang Ini Kuih-Muih Yang Selalu Jumpa Di Baazar Ramadhan, Anda Boleh Cuba Buat Sendiri Di Rumah Sahaja & Makan Sampai Puas!

Tak sabarnya nak masuk bulan Ramadhan ini, bermacam makanan yang akan dijual di baazar Ramadhan. Tapi kalau boleh, jangan membazir kerana nafsu lapar pada waktu itu. Antara kuih yang dinanti-nanti pada waktu itu ialah Bubur Butir Nangka Berinti Pisang.

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang ini sangat sedap dan berbeza dengan butir nangka yang berwarna hijau.

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang Ini Kuih-Muih Yang Selalu Jumpa Di Baazar Ramadhan, Anda Boleh Cuba Buat Sendiri Di Rumah Sahaja & Makan Sampai Puas!

Resepi Bubur Butir Nangka Berinti Pisang ini dikongsikan oleh chef_fazalina_kitchen dan lalu dikongsikan pula di Facebook Page Resepi Panas.

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang

Bahan-Bahan Untuk Kuah:2 cawan santan pekat2 helai daun pandan (disimpul)Gula dan garam (secukup rasa)1/2 sudu kecil Halba1 sudu kecil tepung berasCara Penyediaan Untuk Kuah:Satukan semua bahan dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhanaSentiasa kacau supaya tidak berketulPerasakan garam dan gulaKacau sampai menggelegakTutup api

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang

Bahan-Bahan Untuk Biji Nangka:1 cawan tepung pulut2 sudu besar tepung gandum1 sudu kecil pandan paste (clear paste) – optionalPewarna purpleGaramPisang dipotong kecil (sebagai inti)Air secukupnya untuk menguliCara Penyediaan Untuk Biji Nangka:Sebelum menguli, sediakan air untuk merebus dengan panaskan air di dalam periuk (air 3/4 penuh)Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bekas, bersama air yang dibubuh sedikit demi sedikitUli sampai sebati dan doh tak lekat di tanganKemudian ambil sedikit doh dan leperkan di telapak tangan, bubuh pisang dan tutup dohGelek-gelekkan di telapak tangan anda dan bentukkan seperti biji nangkaTerus masukkan doh itu ke dalam periuk ketika air yang sedang menggelegakApabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan airBolehlah angkat dan masukkannya kedalam kuah santanKalau kuah santan belum siap masukkan dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang

Sedapnya! Biasanya para bapa yang sukakan kuih Bubur Butir Nangka Berinti Pisang ini. Cubalah di rumah dan buat semasa bulan Ramadhan nanti.

Selamat Mencuba!

Kredit: chef_fazalina_kitchen

Baca Juga: Cara Buat Butir Nangka Paling Senang & Sedap. Simpan Dalam Peti, Makan Sejuk-Sejuk!

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI