25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Bukan Kat Malaysia Je, Hyde Park Pun Bahaya!” – Ride Slingshot Gagal Berlepas, Dua Pemuda Nyaris Maut

Baru-baru ini, satu kejadian yang tidak diingini berlaku di satu fun fair yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam. Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan “sotong ride”. Insiden tersebut juga bukan yang pertama kali berlaku di negara.

Namun, jangan sangka jika anda melancong ke luar negara, insiden seperti itu tidak akan menimpa anda. Antara lokasi tumpuan jika melancong ke London adalah Hyde Park, lebih-lebih lagi menjelang Hari Krismas!

Antara tarikan yang dinantikan di taman itu sudah tentunya Winter Wonderland. Pelbagai aktiviti dan permainan disediakan untuk pelancong termasuk permainan ekstrim, Slingshot! Niat dua orang pemuda untuk berseronok bertukar menjadi mimpi ngeri.

Winter wonderland slingshot fail 😲😲 pic.twitter.com/u8Ai7Q6YCI

— ALBY LAD (@AlbyLad_) December 15, 2022

Satu permainan yang patut meninggalkan rasa teruja bertukar menjadi trauma apabila slingshot tersebut gagal melancarkan mereka dengan sempurna dari platform. Berdasarkan video, salah satu tali yang mengikat permainan tersebut gagal berfungsi dengan baik

Nasib menyebelahi mereka kerana salah satu tali tidak putus. Namun, apa yang berlaku sekaligus membuat netizen untuk fikir dua kali apabila ingin mencuba permainan tersebut.


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI