25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Bukan minat ‘kaum sejenis’, Syafi Tee akui mula kurang tertarik dengan wanita

Baru-baru ini, pendedahan pelakon Syafi Tee ketika melakukan siaran langsung (live) di laman TikTok menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, kenyataan yang dikeluarkan oleh aktor berusia 30 tahun itu boleh menimbulkan salah faham.

Menerusi sesi live, Syafi Tee atau nama sebenarnya Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee mengatakan dia tidak tertarik kepada kaum wanita apabila disoal oleh salah seorang pengikutnya.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai ciri-ciri wanita pilihan hatinya untuk dijadikan teman hidup.

“Sekarang, Syafi tertarik kat perempuan macam mana? Nak versi 2023 punya jawapan,”soal peminat.

Dia yang juga anak kepada pendakwa terkenal, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengatakan mulai kurang minat kepada kaum wanita dan ia berkemungkinan dengan pengalaman yang dialaminya sebelum ini.

“Saya dah kurang minat pada seseorang. Macam perempuan ini tak buat saya tertarik.
“Saya tak tahulah itu perubahan hormon ke apa benda, ataupun disebabkan pengalaman saya yang dah hadapi macam-macam benda,”jelasnya.

Dalam pada itu, Syafi menegaskan dia bukanlah seorang gay sepertimana yang difikirkan ramai.

“Saya tak gay laa. Nampak macam saya ni tak straight ke?”soalnya.

Selain itu, aktor berwajah ‘jambu’ turut berseloroh dengan memaklumkan dia sendiri risau akan keadaan dirinya selain ibu bapa yang mempunyai perasaan yang sama.

Snapinsta.app 1080 290317646 1783144765369920 3338562520207166288 n

Terdahulu, Syafi pernah menggemparkan dunia hiburan apabila tular video memaparkan dia sedang berpelukan dengan seorang perempuan namun apa yang lebih mengejutkan individu itu bukanlah wanita sebenar.

Sumber: Murai.com

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI