25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Bukan seperti Shahidan Kassim, Noh Omar setia dengan BN walaupun tak dicalonkan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar memilih untuk bersikap terbuka apabila tidak mencalonkan di kerusi Parlimen Tanjung Karang selepas berjaya bertahan selama enam penggal.

Menurut laporan BERNAMA, beliau mengesahkan perkara tersebut dimana Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof dinamakan sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya orang parti, takkanlah parti yang berjasa dengan saya, saya mahu lawan pula,” katanya yang tetap semangat memberi sokongan padu kepada calon BN.

Noh Omar. Foto; BERNAMA

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Tanjong Karang, baru-baru ini.

Justeru, sikap beliau dilihat berbeza dengan tindakan Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) selepas digugurkan daripada senarai calon BN.

Menerusi satu hantaran BERNAMA TV di laman Facebook semalam, Shahidan disahkan mewakili PN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Arau sekali gus dilabel sebagai ‘pengkhianat’ atau ‘gila kuasa’ oleh segelintir netizen.

Screenshot 2022 11 06 at 1.47.28 PM

Screenshot 2022 11 06 at 1.47.46 PM

Screenshot 2022 11 06 at 1.48.13 PM

Sementara itu, Noh mengakui kecewa tetapi bukan kerana tidak dicalonkan, sebaliknya mendakwa tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut selain turut menganggap diperlakukan seperti ‘kain buruk’.

“Saya yang tahu lebih mendalam mengenai Tanjung Karang ni, boleh menang atau sebagainya. Yelah nak masuk ‘rumah’ saya ni, bincang la dulu. Saya takde masalah.
“Kalau beri alasan saya dah lama (jadi Ahli Parlimen), saya boleh terima.. memang dah lama pun, 27 tahun pun. Hanya saya yang bertahan enam penggal, alhamdulillah. Tapi cara saya diketepikan..
“Itu saja saya terguris hati, kecewa dan sedih. Bukan sedih tak dapat jadi calon, takkan sampai mati nak jadi calon. Tapi sedih apabila saya diketepikan macam kain buruk, sampah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tetap memberi komitmen untuk menyokong penggantinya selain memastikan kemenangan semua calon BN di Selangor.

“Saya sebagai pengerusi tentulah nak menang di Selangor. Insya-Allah, kita akan cuba yang terbaik, kalau dalam keadaan tsunami pun Tanjong Karang boleh menang…
“…kali ini dengan keadaan yang lebih baik, saya yakin Tanjong Karang boleh kekalkan kerusi parlimen,” ujarnya.

Sumber: BERNAMA , Facebook BERNAMA TV & Astro Awani

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI