28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!

Besut merupakan satu daerah yang ada di Terengganu. Ia mungkin tidak se-popular daerah lain yang ada namun Besut juga mempunyai tarikan tersendiri dan menarik untuk dilawati oleh pelancong.
Jika mahu ke Pulau Perhentian, anda perlu ke Kuala Besut untuk menaiki bot ke pulau peranginan tersebut, kat sini juga anda boleh dapatkan pelbagai jenis makanan laut yang enak untuk dimakan serta makanan asli dari Terengganu yang menjadi pilihan buat pelancong yang datang ke daerah Besut.

Bukan sahaja terkenal dengan makanan, Besut juga ada beberapa tempat menarik untuk dikunjungi. Muhammad Azarudin Suhaimi berkongsi tiga tempat yang perlu anda lawati bila berkunjung ke Besut, Terengganu!
Besut “tempat pelancongan yang menarik”
Apabila bercerita tentang tempat pelancongan yang ada di Malaysia, pelbagai tempat yang kita bayangkan seperti Pulau Langkawi, Cameron Highland, Bandar Bersejarah dan lain-lain. Tempat pelancongan yang ingin saya ceritakan dalam artikel ini ialah sebuah daerah yang terletak di Terengganu iaitu Besut. Besut merupakan sebuah daerah yang terdapat di Terengganu.
Besut merupakan sebuah daerah utara di Terengganu. Besut bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Hulu Terengganu di selatan, daerah Setiu dan Laut China Selatan di timur. Ibu daerah Besut ialah Jerteh sementara pusat pentadbiran ialah di Kampung Raja. Daerah Besut mempunyai keluasan 123,367.8 hektar (304,848 ekar) dan penduduk seramai 118,058 orang. Walaupun Besut sebuah daerah yang agak kecil, namun terdapat pelbagai tempat yang menarik boleh dilawati sekiranya datang ke Besut.
Tempat utama yang menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke Besut ialah Pantai Bukit Keluang. Bagi pencinta alam tegar, keindahan alam semulajadi dengan desiran angin laut bertiup lembut memberi rasa ketenangan mampu mengasyikkan jiwa.
Pantai Bukit Keluang
Bukit Keluang terletak 4 kilometer dari Pekan Kuala Besut sering menjadi tumpuan utama pengunjung pada hujung minggu untuk melakukan aktiviti mendaki bukit, berkhelah dan menikmati sukan air yang terdapat di Bukit Keluang.
Aktiviti yang menjadi tumpuan ramai apabila ke Pantai Bukit Keluang ialah mendaki Bukit Keluang. Aktiviti ini sememangnya menjadi satu kewajipan kepada penduduk yang berada di kawasan sekitar pada hujung minggu bahkan terdapat juga pelancong dari negeri lain yang datang untuk mendaki Bukit Keluang semata-mata untuk menikmati keindahan Bukit Keluang.

Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Pemandangan di puncak Bukit Keluang
Pengalaman melihat matahari terbit dan terbenam juga dapat dirasai sekiranya mendaki bukit ini. Masa yang diambil untuk mendaki hingga ke puncak hanyalah 20-30 minit. Para pendaki perlu menggunakan laluan tangga dan jalan hutan berakar dan seterusnya laluan landau sebelum sampai ke puncak. Hilang rasa penat mendaki apabila sesudah sampai ke puncak kerana dapat melihat keindahan yang terdapat di Bukit Keluang.
Para pengunjung bukan sahaja boleh mendaki bukit malah boleh merasai sukan air yang terdapat di Bukit Keluang. Para pengunjung boleh merasai pengalaman menaiki Banana Boat di Pulau Rhu.
Pulau Rhu tidak jauh jaraknya dari Bukit Keluang. Ia mula menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini kerana terkenal dengan kebiruan airnya yang jernih. Banana Boat akan ditarik dengan bot laju dari Pantai Bukit Keluang menuju ke Pulau Rhu. Kos untuk menaiki Banana Boat ini RM15-RM20 sekepala.
Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Pemandangan di kawasan Pantai Bukit Keluang
Selepas menaiki Banana Boat, pengunjung dibenarkan untuk berenang dan menikmati keindahan yang terdapat di Pulau Rhu. Menaiki Banana Boat merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan duit kerana ianya merupakan satu pengalaman yang sangat berharga.
Masjid Ulul Albab
Selain itu, Masjid Ulul Albab atau dikenali sebagai Masjid Kayu Seberang Jerteh juga menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke Besut. Pelawat yang melalui bandar Jerteh di Besut melalui jalan utama akan dapat melihat struktur kayu yang luar biasa.

Masjid ini dibina antara 2009 dan 2011, ia telah dinamakan semula dari Masjid Kayu Seberang Jerteh ke Masjid Ulul Albab oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Februari 2012 ketika masjid itu dirasmikan.
Masjid ini direka dan dibuat oleh tukang kayu tempatan terkenal Bernama Wan Mustafa Wan Su, masjid ini merupakan masjid pertama di negeri Terengganu yang dibina mengikut konsep seni bina Melayu tradisional.
Ia melambangkan keindahan ketukangan Melayu tradisional, ia diilhamkan dari Masjid Kampung Laut, sebuah masjid kayu bersejarah di Nilam Puri. Masjid ini disusun menggunakan teknik tebuk pasak tradisional (peg dan sambungan) dan 100% dibina dari cengal, nyatoh danbala kayu keras. Reka bentuk bumbungnya mengambil gaya Perabung Lima rumah tradisional Kelantan.
Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Masjid Ulul Albab
Motif Arabesque dan bunga, motif songket Terengganu serta ukiran halus dari kaligrafi Arab dan ayat-ayat al-Quran dipaparkan si seluruh bangunan. Masjid Ulul Albab menempatkan sebuah dewan pelbagai guna di tingkat bawah, dewan doa utama di tingkat dua dan sebuah perpustakaan di tingkat tiga.
Masjid ini boleh menampung sehingga 2000 jemaah dalam satu masa. Masjid Ulul Albab selalu menjadi tempat menyebarkan ilmu-ilmu agama dan terdapat majlis ilmu agama seperti ceramah agama yang diadakan di masjid tersebut.
Bukit Bubus

Besut juga menjadi tempat tumpuan bagi paragliders. Tempat yang menjadi tumpuan bagi paragliders ialah Bukit Bubus. Bukit Bubus terletak di Kampung Tembila dan bukit ini hanya bersebelahan dengan Bukit Keluang.
Para pengunjung perlu mendaki terlebih dahulu untuk sampai ke puncak Bukit Bubus. Masa yang diambil untuk ke puncak 10-15 minit sahaja melalui jalan bukit dan berakar. Puncak Bukit Bubus merupakan sebuah tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik kerana dikelilingi oleh pepohon yang menghijau dan kebiruan air laut.
Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Pemandangan di puncak Bukit Bubus
Bukit Bubus menjadi kegilaan bagi paragliders kerana suasana dan pemandangannya cukup mengagumkan. Aktiviti paragliding ini sangat bergantung kepada cuaca dan angin di sana. Harga untuk aktiviti ini ialah bermula dengan RM150 sekepala. Walaupun harga yang agak mahal ianya tidak menjadi satu halangan kepada para pengunjung yang datang ke Bukit Bubus untuk merasai pengalaman menaiki paragliding dan menikmati pemandangan yang cantik.
Pengunjung juga boleh melihat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ketika berada di puncak Bukit Bubus kerana universiti tersebut berada berhampiran dengan Bukit Bubus. Selain itu, dengan ketinggian 85 meter dari paras laut, Bukit Bubus adalah lokasi paling sesuai untuk jalankan aktiviti ini kerana angin datang dari laut ke darat secara konsisten bermula 11 pagi hingga 7 malam sepanjang masa.
Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Bukit Bubus & Bukit Keluang ‘Hidden Gem’ Di Besut, Ada Aktiviti Best Boleh Buat. Sebelum Balik Singgah Masjid Ulul Albab, Baru Complete!Aktiviti paragliding di Bukit Bubus
Pada ketinggian mencecah 300 hingga 500 meter dari paras laut, pengunjung dapat melihat keindahan pantai, Laut China Selatan terbentang luas, Pulau Perhentian, Pulau Rhu dan Bukit Keluang.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati di Besut, Terengganu. Keindahan tempat untuk dilawati tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata dan ianya perlu dirasai sendiri. Oleh itu, Besut juga merupakan satu tempat yang terbaik untuk dilawati dan saya juga menyarankan agar bersama-sama menjadikan Besut sebagai tempat untuk dikunjungi.
Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Azarudin bin Suhaimi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
 

Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI