25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Bukit Singa ‘Signature’ Pulau Kapas. Macam Kat Bali! Wajib Datang Hiking Kalau Bercuti Ke Sini


Pulau Kapas yang terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri yang merupakan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Di sebalik semua keindahan semula jadi Pulau Kapas, ada ‘permata’ tersembunyi berhampirannya iaitu Bukit Singa.

273949 24 33 223961


273951 24 41 060657Bukit Singa menjadi signature kepada Pulau Kapas, dari tepi bukit ini menyerupai kepala seekor singa. Lihat batuan uniknya, teringat lokasi yang cukup terkenal di Bali.

Selalunya, pengunjung yang ke sini bukanlah mendaki Bukit Singa. Sebaliknya mendaki bukit berhadapan dengan Bukit Singa. Dari sinilah baru anda dapat melihat pemandangan dari paras lebih tinggi dan lebih jelas Bukit Singa.

273952 24 44 443362

Tak cukup dengan tu, dari aras atas bukit ini pengunjung dapat melihat pemandangan yang cukup menakjubkan di sekitar Pulau Kapas. Benda wajib anda buat di sini semestinya rakam gambar-gambar panorama yang indah.

Selain itu, kalau tidak mengejar masa, anda boleh cuba menjejak beberapa port menarik untuk mandi manda di sebalik batuan unik di Bukit Singa ini.

Jangan tidak tahu, anda boleh bercuti ke Pulau Kapas hanya untuk satu hari, ini kerana jarak pulau ini sangat dekat dengan jeti berhampiran. Paling penting rancang perjalanan keluar dan masuk anda dari pulau ini ke tanah besar.

Perkongsian oleh: Amirah Wafa Syuhadah

Untuk ke Pulau Kapas, naik di Jeti Marang, perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai. Selain aktiviti snorkeling dan berkayak di Pulau Kapas, hiking di Bukit Singa adalah antara tarikan utama di sini.

273948 24 29 242350

Hiking di Bukit Singa

Sepanjang laluan untuk ke Bukit Singa, hendaklah melalui batu yang keras dan laluan yang curam. Ada kalanya kena melalui laluan pantai. Jadi, disarankan untuk pakai kasut dan pakaian yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan. Bentuk singa akan dapat dilihat jelas bila kita berada di atas puncak. Rasa penat hilang bila tengok pemandangan dari atas sana. Subhanallah. Jadi jangan lepaskan peluang bergambar sepuasnya.

273947 24 25 480423


273950 24 37 262753
273953 24 48 177686image via google



Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI