26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

“Buncit Sebab Suka Makan Malam” – Dituduh Hamil Anak Ariel, BCL Sedih Difitnah Dan Di ‘Bodyshame’

Baru-baru ini satu klip video viral yang memapar selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL). Membuat netizen bercakap adalah keadaan perut BCL.  

Terus menafikan tuduhan bahawa dia sedang hamil anak kepada vokalis Ariel Noah seperti yang dituduh netizen.

Buncit Sebab Suka Makan Malam Dituduh Hamil Anak Ariel

Malah, BCL sedih apabila netizen seolah- olah mahu melakukan ‘body shaming’ terhadap bentuk tubuhnya ketika itu yang dilihat seperti perut sedikit membuncit.

“Saya lagi sedih bila orang ‘body shaming’…hey saya makan lah!

“Baik, nak tengok? (sambil berdiri dan menunjukkan perutnya). Ini biasalah perut ibu-ibu yang suka makan tengah malam.

1668058406 819 Buncit Sebab Suka Makan Malam Dituduh Hamil Anak Ariel

“Dari foto itu saya rasa tak semua orang faham angle gambar ketika itu yang mungkin dilihat sebaliknya atau mungkin perut saya sedang bloating atau sedang datang bulan ke…semua kemungkinan itu boleh menyebabkan bentuk perut saya berubah,” luahnya kepada Astro Gempak.

BCL menjawab persoalan itu kepada media selepas Majlis Sidang Media Konsert Blossom Intimate Concert di Kuala Lumpur Convention Centre pada petang Rabu.

Lebih mengecewakannya gosip itu dikaitkan dengan penyanyi Ariel Noah yang namanya tiba-tiba panas apabila dikaitkan dengan spekulasi kehamilan berkenaan.

“Dia kawan baik saya. Pada saya netizen sengaja suka buat gosip sekadar hiburan.

“Mereka tak tahu dan tidak bersama saya setiap hari macam mana mereka tahu? Saya tak salahkan mereka tapi saya tidak suka mereka mengatur hidup saya,” jelasnya.

BCL bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia menerusi BCL Blossom Intimate Concert pada 27 Januari 2023.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI