31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

“Cacing Sayur Ke Ulat Sampah..” Temui ‘Extra Protein’ Dalam Nasi Ayam, Terketar-ketar Pelajar Ini Pulangkan Kembali 

Lambakan kedai makan, restoran dan gerai-gerai kecil yang berniaga makanan tidak menjadi masalah untuk mereka yang tidak sempat memasak. Kunjungi sahaja mana-mana gerai dan kemudian beli mengikut keinginan masing-masing.

Jadi seorang pelajar sekolah mahupun universiti juga senang zaman sekarang, nak membeli makanan beli sahaja. Asalkan ada duit.

Namun begitu, suka untuk diingatkan kepada semua, setiap kali mahu menyuap makanan yang dibeli ke mulut, pastikan terlebih dahulu makanan tersebut selamat ataupun tidak. Bimbang sekiranya terdapat bendasing di dalam makanan yang dibeli sehingga membawa keracunan makanan.

Temui ‘Extra Protein’ Dalam Nasi Ayam, Pelajar Ini Nekad Pulangkan Kembali

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang pelajar yang dikenali dengan nama roromoroll menerusi aplikasi TikTok, di mana dia telah menemui seekor ulat di dalam nasi ayam yang dibelinya dari kantin. Ulat yang dianggap extra protien itu telah membuatkan seleranya hilang.

Tidak banyak ulat yang kelihatan, seekor sahaja namun dia nekad untuk memulangkan kembali nasi ayam yang berharga RM5 itu kepada peniaga yang berkenaan. Walaupun sekadar RM5 namun ia cukup bernilai bagi seseorang.

Sewaktu dia dalam perjalanan untuk memulangkan kembali nasi ayam tersebut, dia terserempak dengan kawan-kawannya yang lain yang mana turut membeli nasi ayam yang sama. Mungkin bimbang perkara yang sama berlaku kepada kawan-kawannya, roromoroll turut meminta mereka memeriksa makanan tersebut.

“Terserempak dengan paan, annas dan aiman jadi kami check nasi ayam tu juga”.

” Btw dapat pulangan wang RM5 atas budi bicara dan pakcik kantin pun minta maaf”, tulis roromoroll dalam video berkenaan.

Nasib juga gadis ini memeriksa terlebih dahulu makanan tersebut sebelum di makan, kalau tidak dah dapat extra protien agaknya.

@roromorolltengah nak asingkan sayur terjumpa lak serangga jinak ni, siapa yang dah telan tu takpe la kira halal la extra protein 😮‍💨

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Tengok dekat tong sampah okey lagi..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.  Ada yang meninggalkan komen, menyatakan “aduh dah la aku selalu buka makanan terus pelahap”.

Namun dalam masa yang sama, ada juga yang tertekan kerana tidak menemui mana serangga atau ulatnya. “Ya Allah, mana serangannya, mana..”, tulis girlsY di ruangan komen.

Tidak kurang juga ada yang menulis, ” tgk kt tong sampah ok lagi masalahnya kt makanan klu terkunyah tuuu bapak ah” – ell

ulat dalam nasi ayam

Kejadian penemuan ulat dalam makanan ini sering sahaja berlaku dalam kalangan kita. Entalah di mana silapnya, sehinggakan ada yang terpaksa menanggung azab keracunan makanan. Semoga perniaga di luar sana lebih berhati-hati ya dalam soal ini.

Letakkan kebersihan untuk perkara yang utama dan sebagai pembeli makanan, setiap kali hendak makan makanan yang dibeli, pastikan korang memeriksa terlebih dahulu makanan tersebut. Jika korang yakin makanan tersebut selamat barulah makan ya.

Sumber: TikTok roromoroll

Baca juga: “Pernah Rasa, Terus Bersemangat..” Faham Perasaan Pekerja F&B, Lelaki Ini Selit Wang Bawah Pinggan

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI