25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Cantik Berkilat, Tidak Patah Dan Tahan Lama Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning.

Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.

Menurut perkongsian Puan Unaizah Azhar, ada petua dan tip yang dia gunakan agar pulut kuning tang dihasilkan nampak cantik berkilat, tidak patah dan tahan lebih lama. Iaitu dengan cara memasukkan cuka ke dalam air rendaman beras pulut tersebut. Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.

pulut2Bahan-Bahan:

1kg beras pulut4-5 sudu makan cuka1 sudu besar serbuk kunyitSedikit pewarna kuning jenama (Star Brand)Air ( Anggaran 2 inci dari permukaan beras pulut)Cara Membuat:

Basuh pulut hingga betul-betul bersih dan jernih airnya (untuk mengelakkan cepat basi)Toskan airnya kemudian masukkan serbuk kunyit dan pewarna.Gaul beras pulut tadi hingga warna kuning sekata.Masukkan Air dan cuka kemudian kacau bagi rata cukanya.Rendam semalaman.

pulut3Bahan-Bahan: (Untuk Mengukus)

300 gram santan pekat.1/2 cawan air1 sudu teh garamGula (bergantung pada citarasa masing-masing)Cara Membuat:

Semua bahan diatas dimasak sekejap(jangan sampai mendidih)Sejukkan Seketika.Kukus Beras pulut lebih kurang 1/2 jam atau hingga masak.Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan curahkan santan yang dimasak tadi.Gaul hingga rata dan kalau nak manis sikit boleh taburkan gula semasa proses ni. Bila dah sekata santan tadi, biarkan lebih kurang 10 minit (untuk mesrakan santan dengan pulut).

Kemudian kukus balik pulut tadi hingga naik wap lebih kurang 1/2 jam juga.

pulut4Info Ekstra!

Tip Agar Pulut lebih cantik dan berkilat.

Setelah rendam beras pulut lebih kurang 3 jam, kacau-kacau sikit beras tadi dan biarkan. Kalau rajin lebih kurang 2 jam selepas tu kacau-kacau lagi. Tujuannya nak bagi rata cuka dalam air.Pulut juga tak perlu bilas dengan air biasa semasa nak kukus.Selamat Mencuba!

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI