Umum sedia maklum, pelakon cantik, Raysha Rizrose atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz telah selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba Formula 3, Nabil Jeffri, pada 22 Februari lalu dalam sebuah majlis pernikahan di sebuah hotel terkemuka, ibu kota.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia berkongsi video majlis perkahwinan yang memaparkan kedua-dua pasangan sama cantik sama padan itu menggayakan busana pengantin yang cukup memukau perhatian ramai.
Second outfit 😍😍😍 #rayshanabil
♬ original sound – Absolut Bazaar – Absolut Bazaar
Dalam video tersebut, kelihatan Raysha dan Nabil sedang berjalan ke arah pelamin dan dipercayai majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat, sahabat serta tetamu yang lain.
susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan busana pengantin yang digayakan oleh Raysha yang begitu cantik dan menawan sambil memakai solekan yang tidak tebal.
Malah, ada individu yang menggelarkannya sebagai pengantin wanita yang paling cantik dan menawan berbanding artis yang lain.
Dalam pada itu, netizen tidak melepaskan peluang dengan menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu atas mahligai yang terbina. Malah, mereka mendoakan agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke syurga.
Sumber: TikTok @absolutevent
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.