Apam balik ni kalau kena gaya pembuatan nya memang sedap dimakan. Lebih-lebih lagi bila lebihkan kacang dan jagung, memang nikmat sangat bila makan apam balik itu.
Tetapi ada juga apam balik yang telah di variasikan isi didalam dengan pelbagai perasa. Ada yang di letakan hirisan keju, oreo, coklat atau apa jenis perasa yang di sukai. Jadi kami ingin kongsikan kepada cara untuk membuat Apam balik yang sedap dan rangup.
Resepi Apam Balik Homemade
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum1/2 cawan gula1 sudu teh soda bikarbonat1 sudu teh baking powderSedikit pewarna kuning1 biji telur1 ½ cawan airSedikit mentega atau marjerin untuk mengolesBahan Tabur:
Kacang tanah kisarJangung manis dalam tinGulaMarjerin
Cara Memasak:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan soda bikarbonat, air dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.
3. Ambil kuali tak lekat dan oleskan sedikit marjerin.
4. Tuang 2 senduk adunan apam dan ratakan. Jika nipis, tambah lagi adunan. Jika tebal, kurangkan. Ikut cita rasa masing-masing.
5. Biar adunan seketika sehingga masak. Kemudian tabur gula, kacang dan jagung dengan secukupnya.
6. Bila bahagian kulit sudah garing dan keperangan, angkat dan sapukan marjerin hingga rata.
7. Untuk memotong apam dengan mudah, lalukan pisau pada air.
8. Sedia untuk dinikmati.
Sumber: imuslimnetwork.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.