26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Cara Buat Chicken Pie Yang Sangat Sedap. Kulitnya Rangup Dan Isi Meleeh Keluar Selepas Di Gigit.

Resepi Chicken Pie Yang Sangat Sedap. Jika Dibuat Jualan, Memang Laku KerasLihat sahaja dah boleh agak mesti sedap. Resepi chicken pie perkongsian Muliaidayu Ahmad ini super sedap untuk anda cuba. Intinya terdiri daripada cendawan dan ayam. Sangat sedap dan nak buat pun mudah je. Jika dibuat jualan, memang laku keras Chicken Pie ni. Jom ikuti perkongsian dibawah.

CARA BUAT INTI CHICKEN PIEDisebabkan ramai pm tanya resepi Chicken Pie ni maka akka share lah ye. Uolls yang jauh boleh la buat kat rumah ye.

Yang nak guna resepi ni untuk jualan tambah rezeki pun boleh, akka izinkan sama-sama kita mencari rezeki di bumi Allah ni

Sapa-sapa nak share resepi ni pun boleh, biar lagi ramai diluar sana boleh dapat ilmu & cuba buat.

pie1

CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan minyak, masukkan 200 grm isi ayam + black pepper + garam. Angkat.

2. Panaskan 2sb butter, masukkan1/2bj bawang holland potong dadu, 2 biji bawang putih cincang, 3sdt tepung gandum dan sedikit air.

3. Masukkan 1 cawan kentang , carrot , shitake mushroom + air, mixed herbs, black pepper, garam, chicken stock, kacang peas, 1/2 cawan cooking cream@whipping cream@fresh milk.

4. Kemudian masukkan ayam tadi dan siap!

RESEPI CHIKEN PIE TERSEDAP

pie2

BAHAN-BAHAN

1 1/2 tepung gandum1 sb gula icing200 gram butter1 biji telur gred A4 sb air sejuk (dari peti)CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Gaul rata tepung gandum dan gula icing.

pie3

2. Masukkan butter sejuk dan gaul rata.

pie4

3. Adunan akan menjadi macam ni. Kemudian masukkan telur.

pie5

4. Apabila dah gaul telur, masukkan air sejuk.

pie6

5. Adunan akan jadi macam ni tak melekat dekat tangan. Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti selama 1/2 jam sebelum di canai.

pie7

6. Kemudian canai kulit pie macam ni. Bulatan tu boleh guna cawan.

pie8

7. Masukkan dalam cup dan ratakan.

pie9

8. Isikan inti yang dibuat tadi.

pie10

9. Tutupkan bahagian atas. Tepi-tepi yang lebih tu kemaskan dan potong dengan pisau.

pie11

10. Tepi-tepi tu boleh kelim dengan garfu je.

pie12

11. Sebelum di masukkan ke dalam oven.

pie13

12. Sapukan kuning telur dan taburkan mixed herbs sedikit dan bakar pada suhu 200c selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

pie14

Selamat Mencuba!

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI