25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Cara Buat kacang goreng bawang putih Dari Seberang. Takleh berhenti makan bila dah kunyah.

Kacang Goreng Bawang Putih merupakan salah satu snek yang jadi kegemaran ramai. Sangat sedap dan ralit bila dimakan. Rangup dan ada rasa bawang putih, membuatkan sesiapa yang mencubanya susah untuk berhenti makan. Menerusi perkongsian saudari Xiyans Muhamad, beliau kongsikan resipi Kacang Goreng Bawang Putih sedap yang diperolehi dari pembantu rumah kepada kawannya. Memang sedap dan mudah. Jom lihat cara-caranya.

RESIPI KACANG GORENG BAWANG PUTIH

kcg2

BAHAN-BAHAN A:

Kacang tanah tanpa kulit – beli online disini5 ulas bawang putih kisar – beli online disini1 mangkuk kecil daun limau purut1 kotak kecil santan – beli online disini8 cawan air2 sudu makan garam2 sudu makan gula

BAHAN B:8 ulas bawang putih – cincangAir garam

CARA MEMASAK:1. Ambil bawang putih cincang dan kacau dalam air garam selama 5 saat. Toskan. Ia bertujuan supaya bawang putih tidak hangit bila digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing.

kcg32. Bawang putih yang telah siap digoreng.

kcg43. Basuh kacang dan bilas selama 4-5 kali. Toskan.

kcg54. Satukan air, bawang putih kisar, daun limau purut yang telah dikoyak-koyakkan, santan, garam dan gula. Gula tidak perlu banyak kerana jika digoreng akan menyebabkan kacang mudah hangus. Panaskan campuran ini.

kcg65. Bila santan sudah mendidih, rasa. Jika kurang masin, tambah garam. Kemudian padamkan api. Tuang kacang yang telah ditoskan tadi.

kcg76. Rendam kacang selama 1 – 1 1/2 jam. Pastikan kacang tenggelam. Jika air kurang, boleh tambah air panas.

kcg87. Bila sudah cukup masa rendaman, toskan kacang tadi. Tidak perlu bilas ya. Toskan sahaja.

kcg98. Panaskan minyak dengan banyak. Untuk tahu minyak sudah masak atau tidak, masukkan sebiji kacang. Jika timbul, itu tandanya minyak sudah cukup panas.9. Goreng kacang dengan api sederhana dan selalu dikacau. Bila kacang nampak perang, boleh angkat dan toskan minyaknya.

kcg1010. Sejukkan kacang di dalam dulang. Tabur bawang putih goreng dan sedikit garam. Gaul mesra.

kcg1111. Kacang Goreng Bawang Putih siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.

kcg12

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI