27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Cara Buat Kek Coklat Moist Resepi Short Cut. Tak Banyak Bahan Tapi Rasa A.

Sedapnya kek coklat moist. Bukan setakat mak-mak, anak pun suka makan. Tapi tak semua pandai buat dan paling senang, beli saja.

Azlina Ina yang memang cukup dikenali dengan menjual kek-kek yang sedap dan viral turut berkongsi resipi kek coklat moist yang dijual di kedainya.

Baginya, sesiapa yang tak pandai buat kek coklat moist gerenti jadi dengan menggunakan resipi ‘short cut’nya. Mana tidaknya, kek inilah yang telah beratus ribu bekas terjual dan mendapat sambutan hangat daripada peminat keknya.

Kek Coklat Moist, Resipi ‘Short Cut’

“Sesiapa yang tak pandai buat kek coklat moist selama ini dan tak pernah gebu, boleh cuba resipi ini.

“Sudah beratus ribu bekas terjual dan buat. Besnya semua kek ini jadi gebu walaupun dengan menggunakan step ‘short cut’. Rasanya tetap mantap dan sedap.”

Bahan:

5 biji telur1 cawan gula halus3 sudu besar emolco coklat1 cawan serbuk koko2 cawan tepung gandum – 2 kali ayak dengan ½ sudu besar serbuk penaik1 sudu besar ovalate

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan dan adun sehingga kembang gebu.

485721

4857242. Kemudian, masukkan ½ cawan susu full krim.

485723.3. Adun sehingga naik dua kali ganda dan adunan menjadi gebu likat.

4. Perlahan mixer dan masukkan 1 cawan minyak.

485720

5. Adun sekali lagi sehingga sebati dan siap.

485716.

6. Akhir sekali masukkan dalam bekas dan balut dengan wrapping.

485718

485717

7. Kukus selama 20 minit.

8. Siap.

485725

Tip: Resipi ini boleh juga bakar.

Selamat mencuba.

Sumber: Azlina Ina Fans

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI