Bila sebut sahaja kerabu, pasti penggemarnya sudah kecur air liur! Mana tidaknya rasanya yang masam, manis, pedas dan menyengat! Ia mampu membuka selera sesiapa sahaja.Malaysia kaya dengan pelbagai jenis kerabu, antaranya daun selom, kacang botol, sotong, udang, mangga, pucuk paku, belimbing buluh dan sebagainya.
Ia lebih menggoda bila bahan campurannya segar sehinggakan boleh diratah begitu sahaja. Lagipun bahan-bahan yang diperlukan hanya ringkas, kos membuatnya pun murah.
Buat sendiri sahaja dekat rumah. Sudah pasti boleh makan sepuas-puasnya.
Bahan-bahannya
1 mangkuk taugeh (celur sekejap)5 biji kacang botol (kacang panjang pun boleh)1 biji bawang besar dimayang5 biji cili padi1 batang bunga kantan dihiris nipis1 genggam udang kering1/2 kg isi kerang rebusJus limau nipis secukupnyaSedikit belacanKerisik secukupnyaGaram dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya
1. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau nipis, letak gula dan garam serta kerisik gaul sebati.
2. Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata, rasa dan bolehlah sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.
Selamat mencuba.
Sumber: imuslimnetwork.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.