Kalau makan nasi di restoran mamak, mesti kita akan ambil kubis tumis atau kubis goreng ini jadi sebahagian lauk.
Warna kuningnya salah satu sebab buat kita terpanggil untuk kaut masuk pinggan. Selain itu kerangupannya kubis ini juga buat ia jadi tambah sedap.
Bagi yang teringin nak buat sendiri di rumah, boleh cuba ikut cara yang dikongsi oleh @Mayahkitchen.Buat sendiri kubis tumis ‘Mamak style’
Bahan-bahan
Kubis – dipotong kecil2 biji bawang merah – dihiris3 ulas bawang putih -dihiris nipisCili kering & cili api – dipotongSegenggam daun kari1 sudu kecil halba campur1/2 sudu serbuk kunyitSerbuk perasaDaun ketumbar – dipotong
Cara membuat:
1.Panaskan minyak masak, masukkan 2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih yang dihiris nipis.
2. Tumis hinggga layu, kemudian masukkan lada kering dan cili api yang dipotong. Tumis hingga bahan layu, guna api sederhana.
3. Kemudian masukkan daun kari segenggam.
4. Masukkan halba campur dan 1/2 sudu serbuk kunyit, gaul sebati.
5. Seterusnya boleh masukkan kobus yang dipotong. Gaul sebati.
6. Tak perlu masak lama, dalam 1-2 minit saja. Kecilkan api. Jangan masak lama, supaya ada rasa chrunchy dan ada warna hijau.
7. Boleh masukkan bahan perasa, gaul sebati sekejap.
Dah siap, tak perlu masuk garam kerana gunakan serbuk perasa yang cukup rasa.
Selamat mencuba.
Sumber: @Mayahkitchen
Sumber: imuslimnetwork.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.