Kuih bakar pandan yang sedap haruslah memiliki kerak atas yang berkaramel, berwarna perang, serta sangat harum baunya hasilnya.
Cara penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, tapi ia menghasilkan kuih yang sangat sedap.
Resepi perkongsian Tsu Feh Sufiah sangat ringkas dan mudah disediakan. Hanya bakar dalam air fryer sahaja. Mari kita ikuti perkongsian beliau dibawah ini.
RESEPI KUIH BAKAR SUPER SIMPLEHanya bakar dalam air fryer sahaja. senang , mudah ,dan cepat. saya share resepi kat bawah ni siapa ada air fryer boleh cuba.
BAHAN-BAHAN :1 Cawan air daun pandan2 Cawan santan/1kotak kecil2 Cawan tepung gandum1 Cawan Gula2 Biji telur1 Sudu kecil garam1 Sudu kecil esen vanilla1 Sudu kecil pewarna hijauSedikit serbuk kulit kayu manis untuk bagi wangi(optional)
CARA-CARA PENYEDIAAN :1. Blend semua bahan tadi sampai sebati.. Masukkan dlm loyang (loyang airfryer tu tak yah guna baking paper pun takpe sebab tak melekat pun.
2. Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau.. Kira bahagi dua la bancuhan tu. Masukkan je dalam Airfryer suhu 170° masa 45minit .Siap!!
3. Tunggu betul2 sejuk baru potong tau..Nanti bahagian tgh tu akn mendap.. Serius sedap.. Fuhhh bau dia. Selamat Mencuba
Sumber: imuslimnetwork.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.