31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Cara Buat Laksa Ibu Paling Mudah, Tak Perlu Carik Isi Ikan. Rebus, Kisar Dan Terus Masak. Tak Risau Tulang

Sebut sahaja laksa pasti teringat akan kesedapannya. Ia biasanya dihidangkan bersama kuah yang pekat, pedas, masam dan sangat beraroma dari dua bahan iaitu daun kesum dan bunga kantan. Penggunaan ikan yang segar juga memperngaruhi rasa kuah laksa itu sendiri.

Jika anda teringin nak makan laksa anda boleh buat sendiri. Lagi KAW rasanya. Dan tidak perlu risau kerana tidak akan ada bau hanyir.

Nak buat laksa yang KAW?

Anda boleh ikuti perkongsian resepi oleh Puan Ameera ini.

LAKSA BY IBUTips ibu share ni laksa kita masak tak hanyir, bau wangi semerbak 2 kilometer.

Penyediaan 25 minit siap semua!

Kenapa masak laksa sampai 1 jam ha? Jom follow step ibu.

LAKSAKAW2

Ambil resipi ni buat niaga, Insyaallah ramai yang suka. Ibu halalkan. Jangan lupa tengok gambar last pelis

CARA-CARA PENYEDIAAN :1. Rebus ikan kembung lemak. Selepas rebus boleh buang air rebusan.

LAKSAKAW3

2. Tidak perlu asingkan isi ikan. Masukkan ikan ke dalam blender dan sedikit air.

LAKSAKAW4

3. Kisar halus semua ikan yang telah direbus.

LAKSAKAW5

4. Tapis ikan yang telah dikisar tadi menggunakan raga. Semua tulang akan terkumpul dalam raga jadi hanya isi yang akan dimasak.

LAKSAKAW6

5. Jika isi tadi terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ketepikan.

LAKSAKAW7

BAHAN UNTUK SAMBALBahan untuk sambal. Jika sukakan pedas boleh tambah cili padi. Sukatan yang digunakan ini sesuai untuk tahap kepedasan anak-anak.

LAKSAKAW8

6. Kisar semua bahan.

LAKSAKAW9

7. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.

LAKSAKAW10

8. Ambil segenggam asam keping dan masukkan ke dalam sambal tadi. (Asam keping buat sendiri ni).

LAKSAKAW11

9. Masak sambal sampai menggelegak

LAKSAKAW12

10. Kemudian terus masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ke dalam sambal.

LAKSAKAW13

11. Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.

LAKSAKAW14

12. Kuah sudah masak bila mendidih.

LAKSAKAW15

HASILNYA.. SEDAP UUOLS

LAKSAKAW2LICIN.. HEHE

LAKSAKAW17Selamat mencuba

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI