31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Cara Buat Maggi Kari Tumis, Hirup Kuah Sampai Licin. Nie Baru Sedap Makan Meggi.

Musim hujan ni, kalau dapat hirup kuah memang nikmat habis. Lagi-lagi kalau buat Maggi Kari Tumis, mesti lagi berebut.

Memang maggi ni favourite semua orang lah senang kata. Siapa je yang boleh tolak kalau dioffer.

Nak masak maggi kari ni, kena pandai tau. Silap cara memang boleh spoil mood nak makan lah jawabnya. Dan paling penting nak masak maggi kari tu tak boleh nak masak banyak-banyak sekali gus. Nanti boleh lari rasanya.

Maggi kari ni semua orang pandai buat. Asal magginya lembut, letak prencah, bubuh telur, masukkan sayur dah siap. Tapi nak yang super sedap mestilah ada caranya.

Ikuti resipi dari perkongsian Adie Ryhan ni. Tengok gambar pun dah boleh buat kita terliur tau.

Nak masukkan bahan apa, terpulang kepada kita. Ada yang suka masukkan ayam, sosej, dan nak mewah sikit boleh masukkan udang dan ketam. Memang hirup kuah sampai licin lah kita nanti.

Resipi Maggi Kari TumisBuat masa ni, min pernah buat maggi kari sahaja tau. Untuk maggi tomyam dan maggi lain belum pernah cuba. Boleh lah korang cuba jika tak suka yang kari.

Bahan-bahan:

1 pek Maggi KariBawang putihBawang HollandCili Padi1 biji telur1 sudu air limauSayur SawiIsi ayam / Udang / SotongCara memasak:

1) Tumiskan bawang putih + bawang holland + cili padi.

magi22) Masukkan udang atau apa² lauk pilihan.

3) Masukkan sambal. Gaul sehingga rata.

4) Masukkan air, kemudian masukkan perencah megi kari.

5) Sedikit air limau.

6) Masukkan megi dan sayur pilihan. Besarkan api.

magi37) Sebelum megi lembut, slow kan api, pecahkan sebiji telur. Lepas tu kuat kan api balik.

magi4

Nak pedas, boleh racikkan cili padi dan tumis sekali pada awal tadi. baru lah ngam!

Sebelum ni pernah juga min tengok beberapa versi buat maggi kari tumis ni. Termasuklah yang dikongsikan oleh Kak Lina Pom Pom tu. Haa beliau masukkan sedikit serbuk kari untuk sedapkan lagi rasa.

Selamat mencuba!

magi5

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI