26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Cara Buat Paling Mudah Agar-Agar Milo Legenda Ni. Sangat-Sangat Sedap, Anak Tentu Suka.

Agar-agar Milo ini antara pemanis mulut yang mudah disediakan. Bahan-bahan pula kebiasaannya memang sedia ada di dapur. Kebiasaannya bila dah siap disejukkan sekejap je habis dimakan anak-anak.

Selain sedap, resepi perkongsian Puan Ina Aniza ini juga merupakan merupakan kegemaran anak-anaknya. Malah resepinya juga sangat ringkas. Nak tahu cara membuatnya, jom ikuti perkongsian dibawah ini.

RESEPI AGAR AGAR MILO SEDAP & MUDAH KEGEMARAN ANAK-ANAK

Agar agar milo ni memang lejen.. Dari anak sulung kecik-keci sampai la yang bongsu ni dah 7 tahun. Ini lah agar agar milo kesukaan dia orang.. Bagi laa agar agar cantik macam mana pun.. Yang milo ini jugak laa akan berebut.. sekali hadap jer makannya.. Termasuk laa Abahnya pun sama… Jom buat

milo2

BAHAN-BAHAN:

1 peket agar-agar tali (25gm)4 cawan besar air (rujuk saiz cawan dalam gambar)1 tin susu pekat manis1 tin susu cair1 cawan Milo1 cawan air panas (untuk larutkan Milo)Secubit garam halus

milo3CARA-CARA MEMASAK:

1.Satukan agar-agar dan air dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.

2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair, bancuhan milo dan garam. Sebatikan.

3. Bila semua bahan sudah larut, bercampur sempurna dan mendidih, padamkan api.

4. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang yang bersesuaian. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan mengental.

milo4

5. Bila agar-agar sudah mengeras sepenuhnya, bolehlah dipotong dan dinikmati.

milo2 1

INFO TAMBAHAN :

Agar-agar ada banyak jenis. Kadang kala sukatan air tidak tepat sangat untuk dapatkan agar-agar yang sempurna.

Tidak menjadi masalah kalau agar-agar terlembik atau terkeras. Kerana nanti boleh diubah suai semuala ikut sukatan yang tepat.

Untuk sukatan asas, 25gm agar-agar bertali dimasak menggunakan 1400ml air. Kemudian bolehlah tambah apa-apa perasa yang disukai.

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI