26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Cara Buat Popia Gulung Serunding, Balut Ikut Cara Ni Kalau Nak Mudah & Cepat Siap

Setiap kali Syawal pasti wajib beli popia gulung serunding ni. Sekali makan pasti akan ‘ketagih’ sampai tak sedar dah hampir habis sebalang. Rupanya mudah je kalau nak buat sendiri popia gulung ni. Kalau korang ada serunding lebih, boleh lah cuba buat.

Tapi nak buat popia gulung ini memakan masa dan ketelitian untuk menggulung. Seorang pengguna Facebook, Hasifah Che Mat ada berkongsikan cara mudah dan cepat untuk menggulungnya. Jom lihat perkongsiannya di bawah.

CARA BUAT POPIA GULUNG SERUNDINGBahan-bahan:Sepeket popia 40pcs (jenama KG @ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)250gm sambal ikan @ serunding ikanAir biasa – untuk melekatkan popiaCara-cara:1.Popia dipotong empat.

popia22.Kemudian potong segitiga.

popia33.Susun dari atas ke bawah.

popia44.Letakkan sambal ikan secukupnya.

popia55.Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.

popi6

6.Tips untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan lekatan kuat.

popia77.Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.

popia88.Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan. Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.

popia9

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI