24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Cara Buat Roti Cinnamon Roll Versi Laju, Tak Perlu Uli & Boleh Guna Air Fryer

Bagi penggemar roti, roti cinnamon roll bukanlah sesuatu yang asing buat mereka. Di bakeri, baunya yang wangi sudah memenuhi seluruh bilik, rasa terliur pula bila terhidu.

Bahan-bahannya mudah sahaja tapi tak semua orang rajin untuk mengulikan doh untuk menyediakannya. Nak mudah, roti paratha sesuai digunakan untuk buat cinnamon roll. Guna airfryer pun mudah, di sini kami kongsikan resepi Cinnamon Roll versi laju dan mudah.

Cara Buat Roti Cinnamon Roll Versi Laju, Tak Perlu Uli Dan Boleh Guna Air Fryer

Bahan-bahan

  • Roti paratha
  • Mentega kacang
  • Sedikit gula perang
  • Serbuk kayu manis

Bahan kuah atau topping roti

  • 120gram gula aising
  • Garam secukup rasa
  • 30ml susu
  • 1 sudu besar esen vanilla

Cara penyediaan

  • Potong sekeping roti paratha pada empat atau lima bahagian.
  • Sapukan mentega kacang pada roti paratha.
  • Taburkan gula perang dan serbuk kayu manis.

CINNAMON ROLL VERSI LAJU

Gulung bulat seperti dalam gambar. CINNAMON ROLL VERSI LAJU

Susun dalam loyang. CINNAMON ROLL VERSI LAJU

Bakar dalam air fryer pada suhu 180 darjah selama 15 minit atau sehingga kekuningan. CINNAMON ROLL VERSI LAJU

Sementara itu untuk topping, sediakan semua bahan dan kacau sampai sebati.

Siap untuk dinikmati. CINNAMON ROLL VERSI LAJU

Tak sangka roti paratha pun boleh digunakan untuk menyediakan cinnamon rolls, kan? Bagi anda yang tidak mempunyai masa yang terlalu lama atau ingin cepat, bolehlah cuba resepi cinnamon roll versi laju ini. Semestinya ia juga sangat sedap.

Selamat mencuba!

Kredit: Fatihah Anis

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI