31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Cara Buat Sambal Kicap Meletop Yang Sesuai Untuk Dicicah Dengan Apa Sahaja. Pasti Puas Hati!

Sambal kicap merupakan satu hidangan yang menjadi penambah rasa, sebab itu ia menjadi kegemaran sesetengah orang. Rasanya yang pedas-pedas buatkan penggemarnya dapat menikmati hidangan makanan yang terhidang. Dimakan pula bersama sup, soto, nasi goreng, mee goreng, mahupun ikan bakar. Nikmatnya tak terkata. Jika orang Johor biasanya dia buat cicah dengan pisang goreng sekali. Fuh, memang terangkat!

Resipi sambal kicap sedap perkongsian saudari Ida Hassan ni nampak biasa-biasa je. Tapi ada ramuan istimewa yang membuatkan ia jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang biasa kita makan. Oleh itu bagi siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.

SAMBAL KICAP POWER

Saje nak share, siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap boleh lah cuba resepi saya ni tau. Memang sedap sangat… makan dengan mee/ bihun sup ke…Mee rebus ganu ke…Soto ke…ape-ape jelah yang sesuai. Memang mabeles sesangat.

sambalkicap2

RESEPINYA :

Segenggam Cili padiSeulas bawang putih3 biji limau kasturi ( pilih buah yg masak)Secawan kicap Manis2 sudu gula pasirCARA MEMASAK:1. Ambil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.

2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.

sambalkicap3

3. Bila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.

sambalkicap4

4. Letak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati. Berbulan-bulan boleh tahan.

sambalkicap5

Mudah dan ringkas kan, Selamat mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

 

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI