26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Cara buat sup tulang daging yang dagingnya senang dicarik dari tulang. Nak sedap lagi kena tumis saderi dengan lobak.

Ramai yang pandai membuat sup tulang kan? Tapi rupanya ada rahsia sup tulang rasa lebih sedap, boleh cuba tumis batang saderi dan lobak merah yang dikisar. Dijamin lagi sedap!

Sup tulang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi jika dinikmati sewaktu masih panas. Memang nikmat!

Resepi Rahsia Sup Tulang Yang Sedap

Bahan-Bahan 1:

3 biji bawang besar8 biji bawang putihHalia dalam 2 ketul1 sudu ketumbar

sup2

Kisar bahan ini sampai halus.

Bahan-Bahan 2:

3 batang sadari1 batang karot

sup3

Bahan ini pun dikisar sampai hancur.

Bahan-Bahan 3:

3 batang kayu manis4 biji bunga lawang10 biji bunga cengkih10 biji buah pelaga1 senduk serbuk sup

sup4

Bahan-Bahan Lain:

2kg tulang5 biji kentang (dibelah 2)3 batang sadari (dihiris)3 biji bawang besar (dibelah 4)AirCara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 yang sudah dikisar hingga bau wangi.

sup52. Kemudian masukkan bahan 2 yang sudah dikisar dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

sup63. Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.

sup74. Tambah air lagi jika tulang belum empuk dan ulang sehingga empuk. (sekitar 1 jam setengah)

sup85.Bila dah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dibelah.

sup96. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.

7. Biarkan dalam 10 minit sehingga ubi kentang empuk.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa taburkan juga bawang goreng dan daun sup.

Siap! Selamat mencuba.

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI