26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Cara Buat Sup Wantan Halal Buat Sendiri. Kalau Petang-Petang Makan Ni, Syahdunya Rasa.

WANTAN biasanya sedap digoreng namun ia lebih enak jika dinikmati dengan sup. Makan pula panas-panas memang padu!

Sup wantan juga antara hidangan yang ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu menyediakan sup dan inti wantan sahaja. Selain itu, intinya juga boleh kita ubah suai mengikut mengikut cita rasa sendiri. Dijamin puas hati!

Cara Buat Sup Wantan untuk minum petang.

Bahan inti:

✓ Daging ayam kisar jenama Ramly

✓ Kulit wantan

✓ Lobak merah – cincang

✓ Daun bawang – hiris

✓ Tepung jagung – 1 sudu makan

✓ Kiub pati ayam – separuh

✓ Campurkan semua sekali dan gaul sebati

✓ Bungkus inti menjadi wantan

329797565 720736732935775 7702445915851663568 n

334480530 1160975384531097 5323181309161941053 n

330247195 1587724611704563 7822071831583418960 n

Cara memasak:

✓ Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam

✓ Masukkan wantan dan rebus sehingga masak

329382512 1419747572128930 2651294894438375927 n

✓ Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.

✓ Akhir sekali boleh masukkan wantan.

✓ Sedia dihidang.

Kicap cair dan minyak bijan yang saya guna untuk masakan

Kredit : Zurina Zulkefli

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI